Pencalonan jawatan Kesatuan Ulama Islam Sedunia
SETELAH tempoh
pencalonan ditutup pada jam 9 malam (waktu Turki), Isnin 5 November, YB
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membuat keputusan untuk tidak
mengisi dan menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan
Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).
Hasrat ini telah dinyatakan oleh YB
Dato’ Seri sebelum berangkat ke Turki, dan telah disampaikan kepada
beberapa pimpinan tertinggi KUIS setelah mempertimbangkan keterbatasan
komitmen dan kesihatan, namun bersedia untuk terus menyumbang idea dan
pandangan untuk kebaikan KUIS.
Agenda pemilihan akan berlangsung pada
hari Rabu, 7 November dan keputusan rasmi dijangka diumumkan sebelum
Majlis Penutup pada hari Khamis, 8 November.
Sekian untuk makluman.
“Islam Memimpin”
SYAHIR SULAIMANSetiausaha Politik Presiden PAS
6 November 2018, Istanbul
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.