https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dr Mazlee menteri Yang Boleh Ditegur

Oleh Mohd Sayuti Omar

Meskipun saya ada sentuh dan tegur Menteri Pelajaran ini, Dr Maszlee Malik tetapi beliau seperti tidak mengambil hati. Cubitan kecil dapat diterimanya dengan baik. 

Berdasarkan pengalaman, beliau berbeza dengan bekas menteri sebelum ini khususnya Menteri Beliau dan Sukan.

Di cafe ahli parlimen tadi, sebegitu ternampak saya beliau terus menyeru nama saya, dengan membahasakan "Abang Ti", kemudian seperti biasa kami berpelukan stail Arab sambil bertanya khabar.

Di kesempatan itu juga tadi sempat saya mendengar dari mulutnya sendiri kenapa penasihatnya Wan Saiful Wan Jan melepas jawatan berkenaan. Tindakan Wan Saiful itu menimbul sedikit persepsi kurang baik di kalangan pemerhati mengenai hubungan di antara mereka berdua.

Menurut Dr Maszlee pengunduran Wan Saiful atas sesuatu yang lebih penting dari itu. Tidak berlaku ada clash pendapat. Wan Saiful minta melepaskan jawatan untuk membolehkan Pengerusi PTPTN itu tumpukan pembangunan politik Bersatu di negeri Indra Kayangan.

Selaku pengerusi Bersatu Perlis katanya, Saiful merasakan dia perlu lebih memberi tumpuan kepada politik Perlis.

Berada di kerusi penasihat menteri tidak memberi kesempatan baik untuknya bangunkan Bersatu Perlis.

Dr Maszlee mengakui berada dibawahnya ia menghalang tugas Saiful yang satu itu. Menurut Dr Maszlee beliau baharu berhenti berkerja mulai jam 12.00 tengah malam, mungkin situasi itu kurang kondusif kepada sesetengah pegawainya.

Penjelasan itu memahamkan saya kenapa Wan Saiful melepaskan jawatan sebagai penasihat Menteri Pelajaran.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.