Hadi Tersalah Strategi
Oleh Mohd Sayuti Omar
Kita hendak bercakap perkara lama, yang sudah menjadi sebahagian sejarah. Mauduknya mengenai kemalangan parti agama dibawah pimpinan Abdul Hadi Awang. Semua orang nampak dan kesal dengan cara Hadi Awang main politik, khasnya dalam memilih kawan. Mungkin Allah ada maksud tertentu kenapa jadi demikian.
Hadi bukan sahaja tidak konsisten dengan keputusannya yang sering kali buat u-turn atau bersikap ikan keli dalam basen. Tetapi dalam memilih rakan strategik politik juga tidak konsisten menyebabkan dia dan partinya gagal dan kecewa.
Kita boleh perhatikan macam mana Hadi memilih dan mencari kawan dan regu dalam politik. Pemilihan atau persahabatan, maufakatnya tidak pernah kekal, ini menyebabkan Hadi dan partinya tidak mencapai kejayaan besar. Gara gara itu Pas berada ditakak lama, menjadi pembangkang sepanjang lima dekad lebih. Inilah kemalangan Pas.
Pas atau Hadi menerima pemaufakatan akan membawa jaya. Sebab itu dia sentiasa melakukan maufakat dan mencari rakan strategi. Apa yang jadi masalahnya, beliau tidak istiqamah dan salah baca dalam berkawan.
Mulanya Hadi menerima Anwar Ibrahim sebagai rakan politik strategi. Semasa bersama Anwar Pas mendapat untung dapat menawan Terengganu 2004. Bagaimana pun bersahabat dengan Anwar tidak lama, Hadi tinggal Anwar dan cuba membina rakan stretegi baharu dengan Tengku Razaleigh. Mahu tukar calon PM daripada Anwar kepada Tengku Razaleigh Hamzah saad akhir.
Malangnya dengan Tengku Razaleigh tidak lama, bahkan tidak sempat pun maufakat itu berjalan.
Hadi dan Pas memilih pula rakan strategi baharu Najib Razak yang dijalin dengan projek taa’wun. Kerana berpelukan dengan Najib, Hadi tinggal Anwar, Kit Siang dan Tengku Razaleigh Hamzah juga.
Kekalahan dalam Piraum ke 14, menyebabkan Hadi perlahan-lahan membina hubungan dengan Dr Mahathir. Berkunjung dan mencari Dr Mahathir. Orang mulai nampak Hadi hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Dr Mahathir demi kepentingan kerajaan Terengganu dan Kelantan. Di sini sekali lagi kesilapan Hadi kerana terlewat untuk bersama Dr Mahathir walaupun Dr Mahathir mengajak Pas bersama PH untuk menghadapi UBN.
Baharu selepas kalah dan tewas baharu Hadi terfikir untuk bersama Dr Mahathir. Bagaimana pun sayang dua puluh ribu kali sayang, sebelum terjalin hubungan itu, Hadi memilih pula Zahid Hamidi sebagai rakan stategi politik. Bersama Zaid dilancarkan serangan kepada Dr Mahathir dengan cadangan untuk berhimpunan menentang ICERD. Rancangan ini dilihat perelaian hubungan diplomatik Hadi dengan Dr Mahathir yang dibuat sebelum ini.
Melihat dan menganalisa cara Hadi main politik tidak bijak, tidak strategi dan merugkannya. Ia juga tidak konsisten dan berubah-rubah. Cuba bayangkan macam mana kalau Hadi terus istiqamah bersama Anwar, atau dengan Dr Mahathir sama-sama mendepan UBN tentu Pas sudah dapat mengecapi kejayaan besar. Atau pun kalau dia terus kekal dengan Najib sebelum pilihan raya dan membawa ke pilihan raya, tidak bertanding tiga penjuru, tentu Pas mendapat keuntungan besar.
Jadi kesilapan demi kesilapan dan tidak ada strategi dalam menjalini hubungan diplomatik ini menjadi Pas parti persis sang Lebai Malang yang senantiasa terlepas peluang dan kejayaan. Nasib Pas tak ubah seperti batu yang tergolek atas bukit berlumut. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.