Absurd dalam bahasa Inggeris ialah 'stupid and unreasonable, or silly in a humorous way, things that happen that are stupid or unreasonable or ridiculous'.
Kalau diterjemahkan dalam bahasa Malaysia perkataan 'absurd' dikaitkan dengan 'bodoh' 'tak masuk akal' atau 'mengarut'.
Perkataan 'berserk' pula ialah 'out of control with anger or excitement; wild or frenzied'.
Dalam
bahasa Malaysia ia mudah digambarkan sebagai satu keadaan seseorang
'menjadi liar akibat kemarahan atau keterujaan teramat sangat'.
Icerd pula ialah akronim kepada International Convention on Elimination of Racial Discrimination.
Dalam bahasa Malaysia 'Perjanjian Antarabangsa Penghapusan Amalan Diskriminasi Kaum'.
Perjanjian
tersebut (akan digunakan perkataan Icerd dalam tulisan ini) dimulakan
inisiatif sejak tahun 1963 dan hanya diadaptasi pada tahun 1969.
Ia menjadi rasmi sebagai satu konvensi (perjanjian) antarabangsa untuk diratifikasikan oleh negara-negara anggota.
Asas
Icerd adalah bagi menangani isu perkauman yang melebar ketika itu
sehingga berlaku penindasan dan kezaliman satu kaum atau bangsa ke atas
yang lain di atas nama 'superioriti kaum'.
Tidak syak lagi
penindasan atas kewajaran 'ketuanan' bangsa telah mencetuskan
peperangan, konflik berdarah dan kemanusiaan yang diinjak-injak atas
nama perkauman.
Trauma dunia yang siap melalui era pasca perang
dunia ke-II kini digalas ganti dengan kengerian baru atas nama 'White
Supremacy', 'Jewish Supremacy', 'Arab Supremacy' sehingga menjejas
agenda dunia yang dambakan kehidupan atas nilai kemanusiaan yang
tinggi.
Islam menentang diskriminasi
Justeru,
menelurkan Icerd sebagai komitmen warga dunia menolak sebarang bentuk
penindasan sesama manusia di atas nama ketaksuban kaum.
Dari
sudut Islam, umat Islam harus berbangga kerana secara intipatinya,
syariah Islam sejak dari awalnya menentang sebarang bentuk penindasan
dan diskriminasi atas nama perkauman atau asabiyah qaumiyah.
Ketegasan
Nabi Islam menyatakan bahawa 'Manusia itu sama umpama gigi sikat, tiada
kelebihan atas seorang Arab ke atas seorang bukan Arab atau sebaliknya
melainkan dengan kelebihan Taqwa'.
Ayat
al-Quran juga menobatkan kelebihan kemanusiaan sebagai satu kemuliaan
yang Allah kurniakan dalam ayatnya Al Isra 70: “Karramna Bani Adam...”
Nabi Muhammad pernah menegur dengan keras Abi Dzar Al Ghifarri lantaran ungkapannya kepada Bilal: “Wahai si anak kulit hitam".
Nabi menegur Abi Dzar: “Sesungguhnya dalam dirimu masih ada daki Jahiliyah (lantaran sebutannya kepada Bilal)".
Kesombongan atas keturunan dan bangsa atau warna kulit adalah punca manusia buta kepada kebenaran.
Jikalau
Icerd punya cita-cita menentang perkauman dan Islam tertegak atas asas
tiada perkauman, tidak hairanlah hampir semua negara OIC telah
menandatanganinya.
Kelayakan kita menerimanya dalam usaha
memperkukuhkan kebersamaan dunia Islam dengan masyarakat antarabangsa
memerangi bahaya perkauman sepatutnya tidak dipertikaikan.
Lokal konteks kekuatan Malaysia
Tapi
mengapa kita memilih untuk menjadi liar seolah dunia akan kiamat jika
kita menerimanya? Mengapa hilang rasional kita sedangkan ini peluang
menegaskan keunggulan Islam menentang penindasan kaum?
Mereka katakan kita tidak pernah menindas mana-mana kaum di negara ini, maka apa perlunya Icerd ini?
Saya menyatakan kerana kita tidak menindaslah maka kita perlu buktikan kebersamaan masyarakat antarabangsa memerangi perkauman.
Tidak
dinafikan Icerd punya banyak unsur membimbangkan dan meragukan seperti
implikasi terhadap konteks lokal kita sebagai contoh, keistimewaan orang
Melayu dan Bumiputra Sabah, Sarawak dalam Perkara 153, kedudukan Raja
Melayu, kedudukan Islam dalam artikel 3(2). Semua ini ada asasnya malah
Malaysia tertegak atas raison d'etre ini.
Jikalau
kita menyatakan kerana perlembagaan inilah yang melahirkan keharmonian
dan tiada penindasan kaum, maka logiknya bersetujulah kita kepada Icerd,
bukan membawa kita kepada penghapusan semua ini!
Malah
dipertahankan di peringkat antarabangsa dengan memperagakan model
Malaysia, model kita, manhaj kita! Ia bukan dua perkara yang bercanggah
tapi lokal konteks kita adalah kekuatan kita kepada Icerd.
Konteks kita adalah kekuatan kita kepada Icerd.
Tiada
negara yang mahu bersama masyarakat antarabangsa dengan mengorbankan
lokal konteksnya. Lokal konteks kita adalah kebanggaan kita dan
kesediaan untuk membawa kes kita dalam Icerd adalah ketegasan kita
bersama masyarakat dunia tanpa hilang jati diri kita.
Perjuangan menentang radikalisasi kaum
Malangnya,
peluang untuk maju ke hadapan terbantut dengan sesetengah pihak
'menculik' ruang Icerd ini dengan menunggangnya menjadi isu politik dan
sentimen perkauman sempit.
Kerajaan mendengar sentimen ini dengan penuh kebimbangan bagi memelihara kepentingan berbagai pihak.
Tindakan
seperti perhimpunan 8hb Disember yang bakal diadakan membuka peluang
kepada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan, tanpa disedari
mengheret negara ini kepada ketegangan dan kebencian bukan
mempertahankan keharmonian selama ini yang dinikmati.
Walau
bagaimanapun Kabinet telah membuat sikapnya setelah beberapa ketika
Icerd menggegar zon selesa kita. Apatah lagi dengan kerajaan baru yang
inginkan Malaysia berwajah baru, terpaksa meletakkan
keutamaan-keutamaanya dengan menangani banjiran isu yang tidak
berkesudahan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sikap membuka ruang, mendengar berbagai pihak sebelum membuat keputusan.
Pada
23hb Nov 2018 kabinet sebulat suara membuat keputusan untuk menyatakan
tidak akan menandatangani Icerd dengan menegaskan komitmen
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan yang ada di
dalamnya.
Icerd disikapi dengan berbagai persepsi yang berlegar dalam benak rakyat Malaysia. Icerd boleh menjadi sesuatu yang absurd bagi sesetengah dan bagi setengah yang lain boleh jadi berserk.
Sikap
kerajaan tidak menandatangani Icerd amat jelas tetapi perjuangan
menangani gejala radikalisasi kaum dan agama belum terhenti kerana ia
bukan soal Icerd tapi budaya dan sikap perkauman dan agama sempit yang
semakin membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.
Ayuh kita berfikiran lebih luas dan menjangkaui Icerd.
DR MUJAHID YUSOF ialah Naib Presiden Amanah Negara Ahli Parlimen dan Menteri di JPM (Agama).
Icerd: Absurd atau berserk
Reviewed by editorreformis
on
November 25, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.