Menteri bakar kelambu
Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
ATAS tekanan dan
desakan rakyat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya membuat keputusan
tidak akan meratifikasi ICERD. Untuk itu kita ucapkan terima kasih. Apa
guna kita guna acuan Barat yang tidak relevan dengan amalan dan budaya
kita di sini.
Kalau Barat perjuangkan hak LGBT sedang
ia asing dan terkutuk pada amalan kita, apa guna kita terima. Begitu
juga jika Barat mempromosi kebebasan beragama sehingga memberi kebebasan
kepada rakyat keluar masuk agama dan malah boleh memilih tidak
beragama, patutkah ia kita contohi?
Demikianlah juga dengan ICERD. Benar ia
kelihatan mahu menghapuskan sebarang bentuk kezaliman berpunca dari
diskriminasi kaum, soalnya apakah kita mengamalkan diskriminasi kaum di
sini atau menerima aparteid?
Diskriminasi kaum yang zalim memang kita
tentang tetapi jika ada mana-mana pihak melihat hak istimewa orang
Melayu Bumiputera, institusi Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama
Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, semua ini sebagai
satu bentuk diskriminasi lalu ICERD perlu untuk menanganinya maka inilah
yang kita tentang.
Malaysia perlu diukur dan difahami dari sejarah dan ikatan sosial kontraknya yang tidak boleh dipadam dengan ICERD.
Kita lega bila ada pemimpin dalam
kerajaan yang akui ICERD tiada keperluan di sini. Akan tetapi yang
mengecewakan apabila ada segelintir pimpinan khasnya dari PAN yang
bersungguh mahukan ICERD ini seiring dengan kemahuan DAP.
Salah seorang Menterinya menyebut:
"Tapi mengapa kita memilih untuk menjadi
liar seolah dunia akan kiamat jika kita menerimanya? Mengapa hilang
rasional kita sedangkan ini peluang menegaskan keunggulan Islam
menentang penindasan kaum?"
Sikap dan pendirian seperti inilah yang memecah dan memporak-perandakan kesatuan ummah.
Usaha umat Melayu Islam menentang ICERD diumpamakannya sebagai tindakan liar.
Sikap beginilah dijulang dan disenangi oleh puak DAP. Mereka menyuntik agenda 'Malaysian Malaysia', umat Melayu tentang tetapi ada pimpinan Melayu khasnya dari PAN tolong promosi dan perjuangkan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.