https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kelantan Perlu Bentang Belanjawan Islam Kelantan

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Kelantan kerajaan Pas. Orang Pas dakwa kerajaan Kelantan kerajaan Islam. Oleh itu aku cadangkan:

i. Belanjawan kerajaan Kelantan dinamakan Belanjawan Islam Kerajaan Kelantan.

ii. Semua peruntukan dalam belanjawan kerajaan Kelantan ditambah kalimah Islam. Contohnya, belanja mengurus Islam, belanja pembangunan Islam, emolumen Islam, akaun amanah Islam dan sebagainya.

iii. Pembentangan belanjawan kerajaan Kelantan dimulakan dengan ayat al-Quran, bahkan setiap helaian buku belanjawan itu perlu ada ayat al-Quran.

iv. Peruntukan kepada mana-mana agensi kerajaan yang tiada kaitan dengan Islam secara langsung hendaklah dipotong bahkan ditiadakan.

v. Semua peruntukan diberi kepada jabatan agama, jabatan mufti dan sekolah agama saja kerana itulah agensi Islam. Agensi lain tak Islam.

vi. Semua peruntukan pembangunan yang tiada kaitan secara langsung dengan Islam juga mesti dipotong kecuali peruntukan jalan ke masjid, surau dan sekolah agama. Peruntukan jalan ke tokong Buddha besar di Tumpat mesti ditiadakan.

2. Aku harap cadangan ini dipertimbangkan supaya kerajaan Islam Kelantan kekal sebagai kerajaan Islam solid dan belanjawan negeri itu adalah belanjawan Islam.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.