LGBT: Muslimat berbengkel sedia tubuh sukarelawan
Oleh MARDHIAH HAYATI ZOLKEPLAI
BANGI: Lajnah
Pendidikan dan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia telah
mengadakan Bengkel Menangani LGBT melibatkan 55 peserta termasuk dari
Sabah dan Sarawak yang diadakan di sini kelmarin dan semalam.
Program anjuran bersama Persatuan
Bimbingan dan Sokongan Muslim (AMNA) itu telah mendedahkan para peserta
kepada empat sesi pembentangan tokoh dan pakar, selain latihan mengenai
teknik untuk menangani kes-kes LGBT.
Topik utama diikuti peserta adalah
"Pengenalan Fenomena LGBT" oleh Pensyarah Pendidikan Kaunselor dan
Psikologi Kaunseling Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Siti
Aishah Hassan.
Juga "LGBT Menurut Perspektif Islam"
oleh Pensyarah Undang-undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Dr Safinar Salleh dan "Kes-kes Lesbian Positif dan Negatif"
oleh Pakar Psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin.
Kaunselor, Hushim Salleh turut
menyampaikan perkongsian bertajuk "Pengalaman Kes LGBT", selain
keempat-empat pakar turut membarisi panel forum "Panduan Menangani Kes
LGBT Mengikut Tahap Kes".
Bengkel ini bertujuan ke arah merintis
penubuhan kumpulan sukarelawan daripada PAS untuk membendung masalah
LGBT yang semakin membarah dalam negara.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.