Tiada pembalakan di Kelantan musim tengkujuh
KOTA BHARU: Sudah menjadi kelaziman di Kelantan tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh yang bermula Oktober setiap tahun.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar
Abdullah berkata, syarikat pembalakan menghentikan operasi mereka kerana
laluan lori balak sukar menjelang musim tengkujuh.
Katanya, kerajaan negeri tidak pernah
mengeluarkan sebarang peringatan kepada pihak berkenaan supaya
menghentikan operasi pembalakan.
"Sudah menjadi lumrah pembalak menghentikan operasi mereka apabila memasuki musim tengkujuh.
"Kalau ada arahan pun ia dikeluarkan
Jabatan Perhutanan Negeri dan ia bergantung kepada keadaan semasa.
Biasanya Februari tahun hadapan baru operasi dimulakan semula,” katanya
selepas mesyuarat Exco hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.