Meminggir skil renang: Dibuai mentaliti ‘elit’?
Oleh
Adam Fazery
Bulan lalu kita bersimpati dengan kehilangan 6 nyawa anggota bomba yang menjalankan misi mencari dan menyelamatkan seorang remaja yang dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lombong di Puchong, Selangor.
Pertengahan tahun ini ketika seluruh dunia menonton siaran Piala Dunia Fifa 2018, penonton, termasuk sebahagian besar rakyat Malaysia, “terpegun” melihat peristiwa sekumpulan pemain bola sepak remaja di Thailand terperangkap dalam sebuah gua yang dinaiki air.
Semua orang menjadi pakar solusi. Kita bersimpati buat sementara, selepas itu kita hilang dalam arus peredaran isu.
Kalau kita lihat kepada sejarah, ini bukan kali pertama munculnya “pakar-pakar sementara'” seumpama itu. Banyak isu sosial datang dan pergi. Kita semua menjadi hero dengan mengetengahkan formula penyelesaian. Itu dan ini.
Kita seolah-olah boleh menyelesaikan isu melibatkan nyawa dan keselamatan dalam sekelip mata.
Terbaru, syor Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkenaan penggunaan kolam renang di hotel dan premis lain yang sesuai untuk mengajar pelajar kemahiran berenang.
Sekali lagi Maszlee menjadi sasaran netizen, pemimpin NGO dan ahli politik. Saya kasihkan Maszlee. Bertali arus beliau diserang dan diperlekehkan.
Saya mencari sumber maklumat dari pelbagai sudut. Saya setuju dengan pandangan Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Sam Cheah bahawa kolam renang di hotel tidak sesuai digunakan untuk kelas latihan renang.
Malah menurut beliau, kolam renang di hotel tidak mempunyai dimensi dan ukuran yang sesuai untuk tujuan demikian.
Menurut Sam, walaupun industri perhotelan menyambut baik niat kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan keselamatan di air, namun isu keselamatan akan berbangkit sekiranya kolam hotel digunakan untuk ujuan itu. Itu keprihatinan beliau.
Beliau bagaimanapun berkata, industri perhotelan kekal terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka berkenaan keselamatan di air.
Kita perlu menyambut baik pandangan Maszlee
Saya tertarik untuk menulis berkenaan isu ini kerana pengalaman saya menunjukkan ada juga hotel yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membenarkan kumpulan tertentu menggunakan kemudahan kolam renang mereka dengan pendekatan tersendiri.
Mengikut info laman FB Kementerian Pendidikan, Maszlee dilaporkan memberi pandangan itu semasa melancarkan program “Life Saving Skills” dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air.
Nampaknya sekali lagi fokus sebenar dan hasrat Kementerian Pendidikan tidak mendapat perhatian positif ripada banyak pihak. Hanya kolam renang tertonjol dalam kepada berita di media. Seperti isu kasut hitam.
Jangan cepat-cepat memberi respons negatif. Alahai rakyat Malaysia!
Difahamkan program itu diadakan kerana ilmu berenang sahaja tidak cukup untuk memastikan anak-anak kita terlatih di air. Pada masa sama ia bertujuan mendisiplinkan mereka mematuhi prosedur keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di air.
Saya petik: “program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkaitan keselamatan di air.”
Program “Life Saving Skills” dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air bertujuan mencegah daripada berlakunya kes kelemasan dan insiden kecelakaan lain di air.
Ia juga bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menyelamat kelemasan di air kepada murid-murid khususnya, dan masyarakat amnya.
Juga difahamkan modul itu dihasilkan dalam tempoh 2 bulan lalu. Jadi saya nampak inisiatif Kementerian Pendidikan ini susulan kejadian lemas yang berlaku baru-baru ini.
Program kesedaran ini merupakan satu platform bagi menyebarkan informasi mengenai keselamatan aktiviti air dan kesedaran mengenai bahaya aktiviti air di tempat-tempat yang sering dikunjungi orang ramai kepada murid sekolah dan masyarakat setempat.
Maszlee dilaporkan berkata, aktiviti riadah di air adalah satu aktiviti yang sihat dan menyeronokkan yang dapat dilakukan bersama keluarga, namun langkah keselamatan harus diambil kerana ia boleh mengundang bahaya dalam keadaan tertentu.
“Antara langkah yang boleh diambil sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti air adalah mematuhi papan tanda yang ada di sekitar, kemampuan diri di air, mengenal pasti bahaya, sentiasa berteman semasa berenang dan memakai jaket keselamatan,” kata Maszlee.
Melihat dalam konteks luas, matlamat program ini pasti tidak berjaya tanpa sokongan semua “stakeholder” dan anggota masyarakat.
Ini termasuklah pemilik kolam renang seperti hotel dan kelab di seluruh negara. Mereka tidak membuka kemudahan kepada semua pelajar sepanjang masa. Saya rasa bukan itu tujuan syor Kementerian Pendidikan. Jika tidak keberatan hotel atau kelab boleh sediakan masa 2 jam dalam seminggu kepada mereka yang berminat.
Seperti kata Maszlee, adalah penting untuk mengajar kanak-kanak mengenai keselamatan di air dan teknik menyelamatkan nyawa kerana purata berlaku 200 kes lemas dalam setahun, terutama semasa musim cuti dan musim tengkujuh.
“Matlamat kita adalah untuk menjadikan program ini sebagai subjek sekolah dan dalam masa 20 tahun, semua anak kita bukan sahaja dapat berenang, tetapi juga menyelamatkan nyawa,” katanya.
Beliau bercakap mengenai sasaran jangka panjang. Skil ini penting, seperti kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, keselamatan di rumah dan sebagainya.
Usah matikan idea yang baik
Mahu tak mahu jalinan kerjasama yang padu daripada semua pihak sangat penting.
Pembinaan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air julung kali ini amat besar ertinya kepada pembentukan kefahaman tentang skil keselamatan.
Mereka yang ada skil, termasuk pelajar, mampu menyelamatkan nyawa sesiapa saja, termasuk mereka yang mengecam dan mengkritik Maszlee dan Kementerian Pendidikan pada hari ini.
Kemungkinan besar ahli keluarga mereka akan dibantu satu hari nanti. Pada hari itu mereka akan hargai langkah hari ini.
Saya juga mendapati syor membuka kemudahan renang itu bukan bertujuan melahirkan juara dunia, tetapi sekurang-kurangnya boleh meningkatkan kemahiran menyelamat nyawa dan keselamatan aktiviti di air.
Kita kena ubah mentaliti. Jangan kritik atas nama hendak kritik. Kalau semua perkara hendak dipolitikkan, kita tidak akan ke mana-mana.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.