‘Menyedihkan: Mana mungkin saya tergelak!’
Oleh Dinsman
Kebudayaan itu memang sesuatu yang sangat luas cakupan maknanya. Tak perlulah kita perdebatkan apa yang kita maksudkan.
Kita terus saja kepada pelaksanaan. Misalnya ramai budayawan yang berhujah menuntut supaya kementerian kebudayaan itu jangan disatukan dengan pelancongan tetapi hendaklah disatukan dengan pendidikan.
Saya fikir dan saya perhatikan sekarang pun banyak aspek kebudayaan itu memang berada di bawah kementerian pendidikan.
Misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), memang sejak dulu-dulu pun
lagi ia berada di bawah Kementerian Pendidikan, walaupun dalam nama
kementerian itu tidak disebut Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.
DBP itu satu institusi kebudayaan yang sangat penting. Jadi lebih baiklah kita terima saja penjenamaan kementerian-kementerian yang sedia ada itu, dan kita buat saja apa-apa kerja dan program dan projek kebudayaan dan kesenian yang hendak kita buat, melalui apa-apa pun kementerian sedia ada. Kalau tak ada masalah ertinya memang tak ada masalahlah.
Dan kalau ada masalah, cuba kita tengok secara dekat, apa sebenarnya masalahnya, dan cuba kita atasi.
Kami Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) telahpun mencuba pendekatan ini dan kami dapati masalah sebenarnya bukan berada pada penjenamaan nama kementerian.
Misalnya Paksi telah berjumpa dan berbincang hal seni-budaya dengan Menteri Kesihatan dan Menteri Pertanian, didapati mereka pun bersedia untuk melaksanakan program-program seni-budaya yang sesuai dengan daerah bidang mereka.
Misalnya Menteri Kesihatan bersetuju untuk mengadakan seminar
membincangkan ribuan manuskrip Melayu lama mengenai perubatan dan
kerja-kerja memanfaatkan manuskrip-manuskrip itu selanjutnya.
Jadi, ketika kita ghairah bercakap dan berfikir mengenai Malaysia baharu ini saya kira kita pun jangan lupa atau terlepas pandang pada perkara-perkara berkaitan diri kita sendiri juga apakah kita sendiri tergolong pada yang lama atau yang baru?
Apakah pandangan kita, pemahaman kita dan pemikiran kita tergolong yang lama atau yang baru? Saya perhatikan banyak terdapat kekeliruan dalam perkara ini.
Ketika minda dan sikap kita banyak yang masih kekal lama tetapi oleh kerana angin dan suasana sosio-politik di sekeliling telah berubah baru, maka saya perhatikan timbul satu kekeliruan yang melibatkan pelbagai pihak.
Kekeliruan itu terjadi terutamanya kerana masing-masing tidak mengenali pihak lain dan masing-masing tidak mahu diketahui yang dirinya itu tidak tahu dan tidak kenal.
Maka janganlah berlagak tahu padahal kita tak tahu, dan janganlah berlagak kenal padahal kita tak kenal. Macam-macam boleh jadi. Bahaya tu!
Bimbang akan terjebak ke dalam permasalahan yang tak sepatutnya; dan akan membantutkan banyak perkara yang dirancang, bahkan mungkin akan menggagalkan hasrat dan perancangan muluk-muluk dari apa yang dikatakan Malaysia baharu itu.
Tahun 2008 dahulu, sepuluh tahun lalu, sejurus setelah Pakatan Rakyat memenangi PRU 2008 dan berjaya membentuk beberapa kerajaan negeri, Paksi menganjurkan satu seminar di Shah Alam yang dinamakan Penulis Mengepalai atau Mengekori.
Seminar ini dibuat kerana melihatkan golongan penulis yang tidak mahu berubah, pada masa itu, sedangkan rakyat ramai sudahpun berubah, sehingga dapat mengalahkan kerajaan lama di beberapa negeri.
Jadi, penulis bukan lagi mengepalai atau memimpin masyarakat seperti yang pernah berlaku di zaman Syed Sheikh Alhady dan Asas 50. Malah adalah sebaliknya, yakni masyarakat telah berubah, sementara penulis masih lagi berpegang pada yang lama.
Apakah keadaan hari ini sudah berubah, atau masih lagi penulis itu berpegang pada yang lama walaupun rakyat sudah berubah? Nah, inilah yang sedang saya perhatikan sekarang.
Disebabkan Kerajaan Malaysia seluruhnya sudah berubah, ramailah golongan penulis, budayawan, ilmuwan dan juga wartawan yang tiba-tiba menunjukkan diri turut berubah, padahal sesama mereka masih lagi dengan pegangan yang lama.
Maka sangatlah janggal dan pelik apabila kita dapati golongan tersebut itu terus saja mendapat kepercayaan pihak pentadbiran Malaysia baharu, untuk mengepalai pembaharuan yang kononnya sedang digerakkan dalam masyarakat Malaysia hari ini.
Seorang sahabat saya pula berkata itu bukan lagi janggal dan pelik, tetapi menyedihkan! Kenapa menyedihkan?
Kerana ada pula pihak lain yang sama-sama memegang kuasa itu yang cuba mengambil kesempatan dari kelemahan rakan-rakan sekuasa, untuk kerakusan politiknya bagi mereka yang sudah terbiasa dengan politik rakus.
Makanya keadaan sekarang ini, bagi segolongan pemerhati, adalah suatu keadaan yang sangat mengelirukan.
Turut tambah mengelirukan apabila pimpinan sebuah parti pemerintah yang lima bulan dahulu mengumumkan tidak akan menerima tokoh-tokoh dari parti lawan yang keluar partinya yang kalah dan mahu menyertai parti pemerintah ini, tetapi kini mulai menerima bekas menteri dari parti yang kalah itu dan sedang bersiap untuk menerima banyak lagi tokoh pimpinan dari parti yang kalah itu.
Saya seperti mahu tergelak dengan kelakarnya perkembangan terbaru ini. Tetapi mana mungkin saya tergelak!
Di kalangan para menteri dan timbalan menteri yang baru lima bulan membentuk kerajaan baru itu adalah kawan-kawan yang pernah sepentas dan sejalanraya mengusung dan menjulang semangat Reformasi bersama, bermula September 1998 itu.
Apakah kini setelah enak mengecap nikmat kuasa maka mereka pun telah berubah dan tidak lagi mengenali kita rakan-rakan sereformasi dulu itu bukanlah persoalannya.
Tekad Budaya yang dibawa oleh PAKSI selama sepuluh tahun itu memang tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak yang menyeleweng dari semangat kebenaran, keadilan dan kerakyatan.
PAKSI sebenarnya terus berada di jalan yang sukar, walaupun kini ramai dalam kalangan menteri dan timbalan menteri itu adalah kawan-kawan.
Sahabat-sahabat seperti Anuar Tahir, Mazlan Aliman, Syed Shahir Syed Mahamud dan Ahmad Lutfi Othman misalnya, sangat maklum akan perjalanan budaya yang sedang dilalui PAKSI.
Seperti disebut di awal tulisan ini bahawa kebudayaan itu sangat luas cakupan maknanya. Beberapa orang menteri yang telah ditemui PAKSI menyatakan kesudian untuk membuka daerah kerja mereka kepada seni-budaya. Alhamdulillah!
Kawan-kawan dari kalangan penulis, seniman dan ilmuwan yang tiba-tiba memandang sinis kepada PAKSI itu tidak mengapa. Itu bukanlah perkara baru. PAKSI telah menghadapinya sejak sepuluh tahun yang lalu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.