Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo 2
Sekitar
seminggu yang lalu, saya didatangi YBhg. Dato' Khairul Anwar Salleh,
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu, ASTRO yang berhajat untuk
meminta saya memberikan sedikit pandangan dan buah fikiran berkenaan
file Polis Evo 2. Ini adalah berikutan rentetan daripada kontroversi
yang timbul berkenaan filem ini.
Sinopis
Ulasan
Filem Polis Evo 2 yang memakan masa 2 jam 5 minit ini, menimbulkan sedikit kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak yang seolah-olah memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas. Filem ini merupakan lanjutan daripada filem Polis Evo yang keluar pada tahun 2015.
Begitu juga, tidak ada langsung
padanya ciri-ciri yang sering dibayangkan pada sosok pengganas atas
nama agama dalam filem-filem Barat seperti berjambang, ucapan yang penuh
dengan nukilan dalil, konsisten dengan ibadah dan lain-lain. Watak
Hafsyam digambarkan sebagai pemimpin ajaran sesat yang tegar merokok,
mengedar dadah, kejam, akhlak bermasalah, tidak ada langsung babak solat
dan lain-lain babak yang boleh menguatkan keyakinan kita bahawa beliau
adalah benar-benar seorang pengganas atas nama agama.
“Kalau Aku Ahli Neraka, Kenapa Tuhan Takdirkan Aku Berdiri dan Engkau Melutut Depan Aku?!”
Boleh jadi perkara yang disangka baik itu adalah istidraj yang menjadikan orang zalim itu semakin ingkar dan kufur terhadap nikmat tersebut, seperti Firaun dan Namrud. Firman Allah SWT:
Pujian Atas Sisi Positif
Antara beberapa perkara yang kami lihat sebagai unsur positif dalam filem ini adalah:
Secara umumnya, kami berpandangan filem ini tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam. Sebaliknya lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.
Kami juga mencadangkan kepada produksi agar meletakkan penjelasan pada awal filem atau pada addendum
berkenaan kesamaran dalam jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada
subteks) yang mungkin terdedah kepada salahfaham terhadap agama.
Saya
mencadangkan kepada beliau untuk membenarkan saya dan para pegawai
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk menonton terlebih dahulu filem
ini sebelum membuat sebarang ulasan yang terburu-buru berdasarkan trailer. Ini berdasarkan kaedah:
الحكم على الشيء فرع عن تصوره
Maksudnya: Hukum atas suatu perkara terbina atas pandangan keseluruhan perkara tersebut.
Maka,
pada hari ini (19 November 2018), kami telah diberi kesempatan untuk
menonton tayangan khas Polis Evo 2. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini
kami namakan dengan “Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu
Filem Polis Evo 2”
Sekumpulan
pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai
tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk
mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah
kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan
pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu. [1]
Filem Polis Evo 2 yang memakan masa 2 jam 5 minit ini, menimbulkan sedikit kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak yang seolah-olah memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas. Filem ini merupakan lanjutan daripada filem Polis Evo yang keluar pada tahun 2015.
Secara
umumnya, Polis Evo 2 cuba membangkitkan naratif jihad yang sebenar
melawan psuedo-jihad. Watak antagonis seperti Hafsyam (Hasnul Rahmat)
tidaklah menampakkan beliau sebagai seorang pengganas atas nama Islam
secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klise dalam
menggambarkan teroris atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan
apa-apa ayat al-Qur’an atau hadis.
“Kalau Aku Ahli Neraka, Kenapa Tuhan Takdirkan Aku Berdiri dan Engkau Melutut Depan Aku?!”
Kenyataan
di atas adalah apa yang dilontarkan oleh watak antagonis Hafsyam ketika
mana berhadapan dengan Inspektor Sani (Zizan Razak).
Idea
dalam kenyataan di atas, tidak dijelaskan dengan terperinci sehingga
selesai filem. Ianya hanya disampaikan dalam bentuk subteks di akhir
jalan cerita dan mungkin tidak dapat dikesan oleh sebilangan besar
penonton. Kesannya, ia boleh menimbulkan syubhat dalam isu keadilan
Allah, juga konsep iman kepada qadha dan qadar. Dalam kerangka yang
lebih besar, ia melibatkan isu permasalahan kejahatan atau mushkilat al-shar (the problem of evil)
yang sering dibangkitkan oleh kelompok Ateis dan juga Agnostik. Kami
telah kupas dengan panjang lebar dalam ruangan al-Afkar di sini [http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2757-al-afkar-25-tuhan-maha-pengasih-tetapi-membenarkan-kejahatan]
Idea ini sebenarnya adalah cebisan
pemikiran Muktazilah yang melihat apa yang telah ditakdirkan buat
seseorang, adalah kebaikan sahaja kerana Allah SWT sama sekali tidak
akan melakukan keburukan. (Lihat al-Munyah wa al-Amal, m.
117.). Ini berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jama’ah sebagaimana
kata Imam Abd al-Qadir al-Baghdadi yang melihat apa yang dilakukan oleh
Allah SWT adalah adil samada ianya baik atau buruk pada pandangan
manusia. (Lihat Usul al-Din, m. 26.)
Ini
menyebabkan pertembungan naratif baik dan buruk tidak seimbang antara
watak protagonis dan antagonis. Penonton mungkin akan kekeliruan dalam
menghadam subteks, dalam situasi teks yang lebih mengenengahkan ideologi
fanatik dan sesat, tanpa naratif balas yang kukuh daripada watak
protagonis.
Dalam Islam, orang zalim
yang memperolehi satu nikmat seperti kekuasaan itu bukan petanda Allah
redha terhadap orang itu. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam
al-Taftazani dalam Syarah al-‘Aqidah al-Nasafiyyah, segala apa
yang diizinkan-Nya terjadi, tidak semestinya diredhai-Nya. Keburukan dan
kebaikan perlulah difahami melalui Neraca Syarak.
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى (24) فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى (25)
Maksudnya: Apabila
Fir’aun berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. Maka Allah
menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan
sesiapa yang mengetahuinya.".
(Surah al-Nazi’at: 24-25)
Antara beberapa perkara yang kami lihat sebagai unsur positif dalam filem ini adalah:
- Satu pengiktirafan kepada wanita apabila watak SACC Dato’ Azizat (Erra Fazira) memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan misi menumpaskan ajaran sesat. Watak polis, apatah lagi yang mengetuai misi-misi penting biasanya dimainkan oleh lelaki. Namun, apa yang ditunjukkan oleh Polis Evo 2 adalah berbeza.
- Pendedahan aurat dan juga ikhtilat yang sangat minima. Ini perkembangan baru yang sangat baik dalam filem tempatan. Adapun hukum melihat aurat dalam media sosial dan filem misalnya, kami telah ulas pada 21 Mei 2018. Lihat di sini [http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/117-artikel/irsyad-fatwa/2412-irsyad-al-fatwa-227-hukum-memuat-naik-gambar-tidak-menutup-aurat-di-media-sosial]
- Semangat berpasukan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mempertahankan tanahair dan keamanan adalah mesej yang jelas dizahirkan. Mereka juga digambarkan sebagai individu yang kuat pegangan agama dan mengutamakan solat berjemaah. Malah, SACC Dato’ Azizat juga seorang wanita yang lengkap bertudung dan berpakaian sopan serta menutup aurat.
Secara umumnya, kami berpandangan filem ini tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam. Sebaliknya lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.
Pun begitu, kami mencadangkan supaya dilantik konsultan Syariah
agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat
mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama. Sebaiknya,
rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan
skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem.
Akhir
kalam, bukanlah niat dan tugas kami untuk menapis semua filem-filem
tanahair. Namun, ini dilakukan atas rasa tanggungjawab kepada agama dan
tanahair dalam membawa satu warna baru dalam industri perfileman
tanahair. Sepatutnya, inilah tanggungjawab kita bersama khususnya di
pihak produksi untuk lebih cakna terhadap isu-isu yang boleh menimbulkan
rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.
Institusi
agama khususnya mufti bukanlah satu tempat yang eksklusif sehingga
sukar untuk ditembusi. Tanggapan kepada institusi fatwa sebagai terlalu
keras, tidak mesra dengan seni, sentiasa mengharamkan itu dan ini,
hanyalah andaian semata-mata. Kami sejak dahulu lagi konsisten membuka
ruang seluas-luasnya untuk membina jambatan antara institusi fatwa dan
industri kreatif dalam mencorakkan Dasar Industri Kreatif Negara ke arah
yang lebih baik.
Semoga kenyataan
ini meredakan ketegangan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di
Malaysia berkenaan Polis Evo 2. Kami memohon seribu kemaafan andainya
apa yang tertulis ini, mengguris hati mana-mana pihak. Apa yang telah
terjadi ini, merupakan satu ingatan bagi pihak dalam industri hiburan
dan perfileman untuk berhati-hati dalam berkarya. Kami pasti krew
produksi Polis Evo 2 sudah melakukan yang terbaik. Ucapan penghargaan
kepada YBhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh dan wargakerja ASTRO yang
mengambil inisiatif ini.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.