Presiden UIA perlu bebas pengaruh politik
Oleh Haissazc Shuqkin Hisham
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa atas desakan yang dilakukan terhadap lantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIA setelah Menteri Pendidikan dilaporkan bersetuju untuk meletakkan jawatan tersebut dan akan mencari pengganti beliau dalam masa terdekat.
Semestinya desakan ini yang dilabel oleh masyarakat luar dan netizen sebagai “biadap dan kurang ajar” wajar diberi perhatian kerana ini menunjukkan bahawa mahasiswa sudah tidak lagi berada di bawah jerat dan rantaian sang penguasa, malah lebih berani menentang mereka yang mencabuli prinsip autonomi universiti.
Persetujuan menteri kabinet terhadap aksi mahasiswa bahawa lantikan ini akan memudaratkan dan mencabuli kebebasan universiti juga menunjukkan bahawa mahasiswa sentiasa akan memastikan universiti bukan lagi tempat untuk ahli politik menunjukkan kekuasaannya dengan mencengkam pentadbiran tertinggi universiti.
MKM ingin mengucapkan tahniah kepada front-front mahasiswa seperti GPA, PMIUM, Belia Harmoni yang menerajui desakan ini sehingga berjaya merobohkan ego sang penguasa daripada terus berkuasa di tampuk pentadbiran universiti.
Namun,
MKM tetap ingin memastikan bahawa calon pengganti Presiden UIA yang
baharu bukanlah mereka yang terdiri daripada pemain politik, sebaliknya
mereka yang sememangnya tahu dan arif dalam hal-hal yang berkaitan
dengan kepentingan universiti dan mahasiswa secara keseluruhan.
Malah, MKM juga mahu memastikan pemilihan Presiden UIA yang baharu nanti juga perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak; staf akademik dan bukan akademik serta para
mahasiswa yang paling utama kerana presiden sesebuah universitilah yang akan menentukan hala tuju dan kepentingan universiti ke arah yang lebih baik.
MKM juga berharap mereka yang telah pun ditauliahkan sebagai presiden di beberapa universiti awam seperti di UniSZA, UUM dan sebagainya untuk bermuhasabah diri dan lakukanlah apa yang sepatutnya dilakukan seperti mana menteri lakukan.
Seperti mana nukilan sasterawan negara Usman Awang, “suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar”.
Mahasiswa bersikap kurang ajar bukanlah kerana untuk menjadi kurang ajar, tetapi untuk ditujukan kepada kerajaan dan sistem yang kurang ajar dengan nilai kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.
Maju terus mahasiswa!
* Haissazc Shuqkin Hisham adalah timbalan presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa atas desakan yang dilakukan terhadap lantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIA setelah Menteri Pendidikan dilaporkan bersetuju untuk meletakkan jawatan tersebut dan akan mencari pengganti beliau dalam masa terdekat.
Semestinya desakan ini yang dilabel oleh masyarakat luar dan netizen sebagai “biadap dan kurang ajar” wajar diberi perhatian kerana ini menunjukkan bahawa mahasiswa sudah tidak lagi berada di bawah jerat dan rantaian sang penguasa, malah lebih berani menentang mereka yang mencabuli prinsip autonomi universiti.
Persetujuan menteri kabinet terhadap aksi mahasiswa bahawa lantikan ini akan memudaratkan dan mencabuli kebebasan universiti juga menunjukkan bahawa mahasiswa sentiasa akan memastikan universiti bukan lagi tempat untuk ahli politik menunjukkan kekuasaannya dengan mencengkam pentadbiran tertinggi universiti.
MKM ingin mengucapkan tahniah kepada front-front mahasiswa seperti GPA, PMIUM, Belia Harmoni yang menerajui desakan ini sehingga berjaya merobohkan ego sang penguasa daripada terus berkuasa di tampuk pentadbiran universiti.
Malah, MKM juga mahu memastikan pemilihan Presiden UIA yang baharu nanti juga perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak; staf akademik dan bukan akademik serta para
mahasiswa yang paling utama kerana presiden sesebuah universitilah yang akan menentukan hala tuju dan kepentingan universiti ke arah yang lebih baik.
MKM juga berharap mereka yang telah pun ditauliahkan sebagai presiden di beberapa universiti awam seperti di UniSZA, UUM dan sebagainya untuk bermuhasabah diri dan lakukanlah apa yang sepatutnya dilakukan seperti mana menteri lakukan.
Seperti mana nukilan sasterawan negara Usman Awang, “suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar”.
Mahasiswa bersikap kurang ajar bukanlah kerana untuk menjadi kurang ajar, tetapi untuk ditujukan kepada kerajaan dan sistem yang kurang ajar dengan nilai kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.
Maju terus mahasiswa!
* Haissazc Shuqkin Hisham adalah timbalan presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.