Rakyat mahu dengar PH tolak ICERD
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan rakyat
mahu mendengar Kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Katanya, pihak kerajaan tidak perlu membuat pelbagai kenyataan ataupun kajian berhubung ICERD.
"Selama 60 tahun negara kita hidup
dengan aman dan menerima perlembagaan negara, serta menerima perjanjian
di antara kaum di negara ini.
"Tidak perlu memutar belitkan dan
membuat pelbagai kenyataan serta tidak perlu mengatakan perlu kajian
terhadap perlaksanaan icerd tetapi rakyat hanya ingin mendengar satu
sahaja kerajaan menolak ICERD," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS
pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.