https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Semua pihak kena bertenang'


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan adil dan terperinci berhubung kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mana-mana pihak yang enggan menghormati undang-undang negara wajar dikenakan tindakan tegas tidak kira siapa mereka.

“Semua pihak juga dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara kita yang dikecapi selama ini terus dijaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, insiden itu perlu ditangani secara baik dan mengikut proses undang-undang sewajarnya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga yakin ia boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak.

“Semua pihak perlu bertenang serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh mewujudkan keresahan masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.