Belanjawan 2019 selesai dibentang
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Jumaat lalu. Perinciannya dikupas
pakar, penganalisis, pelayar media sosial dan kebanyakan media massa
termasuk milik kerajaan.
Respon balas diberikan pelbagai pihak - termasuk daripada pembangkang - secara positif atau negatif.
Pada
belanjawan sulung Pakatan Harapan itu ada kegembiraan terzahir melalui
peruntukan yang diberikan kerajaan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM)
di bawah seliaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Syabas diucapkan buat JPM. Kumpulan kerja Mujahid sudah tentu amat bergembira dengan peruntukan belanjawan tersebut.
Dengan
dana sebegitu nampaknya Mujahid dan rakan-rakannya di JPM boleh
bernafas lega - jika faktor kewangan dijadikan ukuran secara langsung.
Bermacam-macam idea boleh bermain di minda dengan adanya peruntukan daripada kementerian kewangan.
Namun harus diingat merancang perjalanan mekanisme kerajaan pusat tidaklah semudah merencana program parti.
Kita
biasanya jarang mendapat halangan atau bantahan semasa merangka program
parti. Mungkin kerana ia lebih bersifat eksklusif dan sukarela.
Ada kabur, ada gusar
Apa
saja keputusan pucuk pimpinan lazimnya anggota parti akan cenderung
untuk patuh bersetuju. Apa cadangan jawatankuasa pusat, semua yang di
bawah menerimanya dan mengucapkan selamat maju jaya, sambil ahli terus
berehat-rehat di cawangan atau ranting masing-masing
Hampir
lengkap enam bulan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah
Malaysia, namun rakyat secara umumnya belum nampak hasil yang
membanggakan daripada perjalanan urus tadbir hal ehwal Islam.
Malah,
tidak terlalu keras untuk direkodkan bahawa rakyat tidak nampak hala
tuju sebenar pasukan
Mungkinlah
kita boleh pejamkan sebelah mata pada setiap kritikan yang dikemukakan
lawan politik melalui media sosial atas alasan kegagalan mereka memahami
tiga tunggak yang dikemukakan.
Malangnya, ia tidak terhenti di situ saja. Penyokong HARAPAN juga tidak kurang yang masih kabur. Itu hakikatnya.
Pegawai di institusi agama sendiri menzahirkan kegusaran. Tidak ketinggalan tokoh agama dalam negara.
Saya sempat bersembang pendek dengan timbalan mufti di sebuah negeri. Kebetulan kami memang berkawan.
Terang di dalam, umpat di luar
Ditanya
pendapatnya mengenai pembangunan Islam dari Putrajaya beliau berkata
seolah-olah tidak ada usaha kerajaan mengawal keadaan semasa.
Dia
merujuk kepada kenyataan dibuat oleh kumpulan liberal, keberanian
komuniti Syiah bersuara dan celuparnya segelintir orang bukan Islam
mengkritik institusi Islam di media sosial.
Saya tidak mengajak
para pembaca menilai kenyataan beliau di sini, sebaliknya cukuplah jika
kita bertanya: kenapa timbalan mufti itu - yang sepatutnya lebih
memahami falsafah baru kerajaan - bersuara sedemikian?
Seorang
rakan lain yang bertugas di sebuah pejabat mufti pula pernah bersuara
marah kerana Mujahid tidak memulakan perancangan dengan berbincang
dengan mereka terlebih dahulu.
Justeru, katanya, selepas timbul masalah barulah menteri terbabit mencari mufti dan pembantu-pembantunya.
Saya
tidak dapat mengesahkan kebenaran kenyataan tadi, namun tidak pelik
suara sebegitu muncul jika kita amati perincian bualan rakyat di media
sosial dan 'kedai kopi ilmuwan'.
Dalam sebuah majlis, di dalam
dewan Mujahid gigih mengulas secara mendalam idea-ideanya, tetapi pada
masa sama kakitangan institusi agama yang ada di luar dewan pula tekun
mengkritik menteri tersebut.
Namun selepas majlis selesai, mereka -
yang mengkritik itu - kelihatan antara orang yang paling awal bersegera
mahu bergambar bersama-sama menteri berkenaan.
Kejadian tersebut dikisahkan rakan saya yang berada pada majlis itu.
Pastikan kota dibina kukuh
Isu
saya di sini bukanlah sikap bermuka-muka atau tindakan kurang sopan
ditunjukkan pegawai terbabit, tetapi persoalan demi persoalan berkait
kepada soalan utama: apa puncanya sehingga seperti ada kelompongan
tertentu di situ?
Akhirnya, saya nukilkan di sini pandangan
seorang tokoh agamawan yang pernah mentadbir satu institusi agama negara
apabila saya mengusik pandangan beliau terhadap prestasi Mujahid:
“Ana
(saya) lihat beliau masih dalam rangka berfikir seorang ahli akademik.
Sebagai menteri beliau kena tahu, rakyat mahukan program.
"Apa program beliau? Bagaimana nak laksanakan idea-ideanya itu?”
Saya coretkan tulisan pendek ini sekadar ingin berkongsi rasa yang bergejolak di peringkat bawahan.
Sekiranya
ia sedia dimaklumi, alhamdulillah, masih ada masa yang banyak dan ruang
yang luas untuk menilai semula peta perancangan Mujahid di JPM serta
kerajaan HARAPAN.
Isu-isu agama yang diutarakan oleh pihak kerajaan tidak semestinya menjadi isu kepada rakyat.
Isu-isu rakyat berkaitan agama yang dinilai sebagai isu ummah oleh mereka, mesti diambil kira oleh kerajaan.
Dalam
membina empayar besar, seseorang pemimpin atau kerajaan akan bermula
dengan membina kuasa dan pengaruh di peringkat dalaman terlebih dahulu.
Pastikan
istana dan kota utama benar-benar kukuh dengan kerjasama yang erat
daripada setiap individu, termasuk pihak yang merancang serangan dan
menyusun sistem pertahanan.
Sultan Muhammad al-Fatih tidak membuka Istanbul seorang diri bersama dua tiga kerat pembantunya.
Suara gundah dari bawah buat Mujahid
Reviewed by editorreformis
on
November 07, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen pembangkang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Kerajaan mengadakan Mesyuarat Kabinet pada har...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.