Kenapa harus curigai MP Umno sertai Bersatu?
Oleh Mohd Sayuti Omar
PENGHIJRAHAN bekas pemimpin Umno khasnya yang berstatus sebagai wakil rakyat tidak disenangi dan dibuat berbagai andaian dan tohmahan. Terutamanya desas desus ada bekas-bekas menteri kanan akan menyertai Bersatu mereka dianalogi dengan berbagai cara. Penghijrahan dan desas desus itu diberi pandangan negatif oleh para pemimpin parti PH sendiri.
Menteri jangan takut dan bimbang dengan kedudukan mereka. Jika mereka
yang mampu dan dapat tunjukkan prestasi, mereka tidak akan diapa-apakan.
Perlu diingat setelah lima bulan lebih kabinet dibentuk dan anda
menjabat jawatan menteri, Dr Mahathir memberi markah buku rekod anda
sekitar 40 hingga 50 sahaja. Anda perlu tambahkan peratus hingga 60
hingga 70 dalam tempoh sebulan lagi. saya yakin jika anda gagal anda
akan dibuang dan digantikan dengan orang lain
PENGHIJRAHAN bekas pemimpin Umno khasnya yang berstatus sebagai wakil rakyat tidak disenangi dan dibuat berbagai andaian dan tohmahan. Terutamanya desas desus ada bekas-bekas menteri kanan akan menyertai Bersatu mereka dianalogi dengan berbagai cara. Penghijrahan dan desas desus itu diberi pandangan negatif oleh para pemimpin parti PH sendiri.
Klimeks timbul kebimbangan itu apabila A Kadir Jasin menulis mendedahkan
ada 40 orang wakil rakyat akan menyertai Bersatu. Kenyataan Kadir itu
agak ekstrem. Saya pula melihatnya lebih kepada gimik. Gempar politik
semata-mata dimana ia adalah kepakaran orang seperti Kadir selaku
seorang journalist.
Saya telah memberi penjelasan dari sumber yang saya tahu, apabila ada
mesej personal yang dihantar kepada saya bertanya sejauh mana kebenaran
apa dinyatakan Kadir itu. Tanpa menafikan keseluruhan angka itu, memang
ada wakil rakyat Umno dikenal pasti bahkan telah berjumpa dengan Dr
Mahathir Mohamed, tetapi jumlahnya tidaklah sampai 40 orang. Dari
risikan dan sumber saya kalau pun ada angka yang akan menyertai Bersatu
tidak sampai 10 orang.
Penyertaan ahli parlimen Jeli Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu hanya
beberapa harti selepas Kadir membuat kejutan, dianggap permulaan desas
desu itu. Penyertaaan Mustapa itu seakan boleh diterima sebagai
kenyataan Kadir itu benar, sekaligus menyebabkan pemimpin PH, termasuk
Anwar Ibrahim sendiri terganggu tidur. Juak-juak dan golongan
"taasubiyyah" Anwar pantas membedal tindakan itu dan ada yang
menyifatkan 40 orang yang dinyatakan Kadir itu sebagai sebagai "40
penyamun" dalam filem Ali Baba dengan 40 Penyamun.
Parti Amanah Negara juga terikut tidak selesa dengan gimik Kadir itu
apabila timbalan presidennya Salahuddin Ayub memberi peringatan dengan
menyifatkan penghijrahan wakil rakyat Umno itu sebagai pelarian politik.
Beliau mengingatkan agar PH berhati-hati menerima pelarian politik.
Gelajaran pelarian itu agak busuk sedikit kerana pelarian adalah orang
yang tidak ada negara sendiri yang hidup terpaksa merempak. Sedangkan
bagi saya "pelarian" itu sebenarnya penghijrahan (imigran) yang
dirancang.
Kenapa harus bimbang dengan penghijrahan itu kalau pun ada? Para
pemimpin PH tidak perlu gopah gapah membuat kenyataan yang orang boleh
faham maksud dan maknannya dimana akhirnya menggambarkan kenaifan diri
sendiri. Sepatutnya pemimpin PH melayan desas desus itu dengan lebih
lunak dan menggambarkan politik bertahap tinggi. Lebih penting cuba
membaca untung dan lada di sebalik apa yang berlaku demi negara bukan
diri sendiri.
Di sini sekali lagi saya nak tegaskan, bahawa angkanya tidak sampai 10 orang pun. Walaupun ada rundingan termasuk untuk membawa wakil rakyat Umno secara en-blok, tetapi ia tidak semudah itu. Ada pemimpin Umno mencadangkan kemasukan itu bukan secara individu tetapi seharusnya secara en-blok seperti mana berlaku kepada parti Semangat 46 dulu. Namun ia tidak dipersetujui. Ertinya kini ura-ura itu 40 orang wakil rakyat Umno hendak sertai Bersatu itu palsu dan gagal.
Perlu difahami. Daripada jumlah 48 orang wakil rakyat Umno yang tinggal kini mereka terbahagi kepada tiga kelompok. Satu yang berminat dengan Bersatu, satu lagi yang mahu Umno terus kekal sebagai pembangkang berprinsip, dan satu lagi yang mahu menjadi kuasa tambahan kepada Anwar Ibrahim untuk jadi PM.
Puak yang mahu jadi kuasa tambahan kepada Anwar ini diketuai oleh Zahid Hamidi. Manakala kumpulan yang berminat untuk menyertai Bersatu ialah wakil rakyat terdiri daripada bekas menteri yang berpotensi untuk dilantik menjadi menteri. Sementara kumpulan ketiga pula mahu terus mengekalkan Umno sebagai parti yang mencabar kerajaan PH. Nampaknya Tengku Razaleigh Hamzah lebih cenderung kepada kumpulan ketiga ini.
Sebelum ini kesemua 52 orang wakil rakyat Umno telah menyerahkan diri mereka kepada Zahid. Mereka akur apa sahaja keputusan dan tindakan Zahid. Katanya mereka sudah menanda-tangani surat kuasa (SD) dan diserahkan kepada Zahid. Mereka akan mengikut apa sahaja keputusan Zahid.
Kenyataan Dr Mahathir pula perlu diteliti. Kata beliau bukan semua wakil rakyat Umno boleh menyertai Bersatu. Beliau memberi jaminan kepada mana-mana wakil rakyat yang tidak ada kes mahkamah yang akan diterima. Ertinya bukan semua.
Kenyatan Dr Mahathir ini apa yang dapat ditafsirkan beliau mahu mereka yang bersih sahaja. Bukan itu sahaja keperluan untuk menerima ahli Umno ini khasnya di kalangan bekas menteri kerana beliau ada maksud dan keperluan tersendiri. Beberapa orang bekas menteri yang katanya telah berbincang dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin atau disebut berpotensi ialah termasuk Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Idris Jusoh selain Mustapa Mohamed menjadi orang terawal.
Keperluan mereka ini saya nampak bagi membantu Dr Mahathir untuk mengukuhkan kabinetnya. Sebagai seorang PM Dr Mahathir harus memikirkan kedudukan dan kemantapan kabinetnya bukannya berseronokkan dengan jawatan sebagai imbuhan. Baginya keperluan menggerakkan kabinetnya itu lebih penting selepas mendapat kuasa. Tidak ada guna dia menjadi PM dan memimpin negara jika tidak dapat mencapai matlamatnya. Dr Mahathir seorang yang sangat praktikal.
Keperluan itu juga logik sekali kerana terdapat beberapa menteri dalam kabinet kini tidak berkemampuan kerana berbagai sebab. Masih ada yang belum mengetahui bidang tugas yang boleh dilakukan dengan jawatan eksekutif itu. Justeru ada keperluan untuk mereka ini harus ditukar ganti. Keberadaan mereka dalam kabinet akan mencacatkan kabinet Dr Mahathir.
Di sinilah Dr Mahathir memerlukan mereka yang berpengalaman untuk menggerakkan kabinetnya. Tidak ada guna melantik orang yang tidak dapat menjana kabinetnya kerana ia merugikan masa, tenaga dan wang.
Bagi Dr Mahathir soal seseorang itu penyokong kuat parti atau tidak, tidak perlu apabila beliau sudah mendapat kuasa. Kuasa yang ada sekarang ini adalah untuk memenuhi segala apa yang dijanikan kepada rakyat. Maka itu apa yang beliau fokus kini ialah keberkesanan kabinet.
Saya rasa kalau agakan ini benar, Dr Mahathir hanya akan melakukan pertukaran anggota kabinet yang melibatkan daripada partinya sahaja. Beliau tidak akan mengusik menteri-menteri dari parti lain. Jadi menteri atau parti komponen lain tidak perlu bimbang dengan langkah Bersatu menerima wakil rakyat Umno itu. Kedudukan menteri mereka tidak akan terganggu dan diganggu oleh Dr Mahathir. Nasib dan masa depan mereka akan ditentukan oleh parti mereka, itu adalah konsensus.
Oleh itu kepada menteri (dari Bersatu) yang merasakan mereka tidak mampu elok redha dan bersedia untuk ditukarkan. Dan mereka yang mempertahankan menteri itu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan prestasi menteri itu bukan kerana dilihat kepada peluang yang mereka perolehi daripada menteri itu, misalnya dapat kerja baik apabila menteri itu mengambil mereka bekerja.

Sementara menteri dalam parti-parti lain yang lemah, ia boleh diserahkan
kepada pertimbangan pemimpinnya. Pemimpin yang baik ialah sedia
mengorban dan insaf diri. Jangan jadi menteri kerana kita ada peluang
tetapi hasilnya nol. Jika berpegang dengan sikap itu maka kerajaan
Harapan tidak akan ke mana. Menteri yang tidak berfungsi adalah menteri
yang makan gaji buta.
Dalam pada itu Anwar Ibrahim sendiri juga tidak perlu cemas dengan desas
desus yang berlaku. Beliau juga pasti mahukan barisan kabinet yang
kompeten apabila beliau jadi Perdana Menteri nanti. Apakah Anwar mahu
jadi PM, sebagai memenuhi impiannya sedangkan anggota kabinetnya
bertaraf cap ayam?
Makanya, desas desus penghijrahan wakil rakyat Umno khasnya yang
berpotensi untuk menjadi menteri memperkuatkan kabinet Dr Mahathir
hendaklah diterima dengan baik dan tidak perlu dicurigai berdasarkan
sentimen dan emosi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.