https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ulusan Awal bajet Negeri Terengganu 2019

Oleh Hasbie Muda

1. Saya sempat mengikuti pembentangan Bajet Negeri Terengganu 2019 yang disampaikan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam.

2. Ada empat perkara mencuri perhatian saya.

3. Pertama, sebagaimana era BN sebelum ini, hasil kerajaan negeri Terengganu iaitu Hasil Cukai serta Hasil Bukan Cukai terlalu rendah sehingga untuk membayar Emolumen iaitu gaji serta elaun kakitangan kerajaan negeri pun tidak cukup. Saya sangkakan masalah itu akan selesai di bawah PAS, malangnya masalah sama tetap juga berlaku.

4. Dalam Bajet Terengganu 2019, Hasil Cukai hanya berjumlah RM66.93 juta manakala Hasil Bukan Cukai berjumlah RM203.53 juta. Kedua-dua item ini berjumlah RM270.46 juta. Jumlah ini tidak mampu menanggung item Emolumen sebanyak RM285.47 juta. Maknanya tanpa Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), Terengganu kekurangan RM15.01 juta untuk membayar gaji kakitangannya. Ini sebenarnya mengaibkan.

5. Kedua, sumber kewangan terbesar Kerajaan Terengganu masih lagi di bawah Terimaan Bukan Hasil iaitu sebahagiaan besarnya DKKP yang berjumlah RM1.745 billion atau 86.6 peratus daripada keseluruhan penerimaan negeri.

6. Zaman MB Ahmad Said dulu, Kerajaan Terengganu mengkategorikan DKKP sebagai Hasil Cukai. Tapi kini di bawah MB Dr Samsuri, dana tersebut diklasifikasikan sebagai Terimaan Bukan Hasil. Terimaan Bukan Hasil ini bermakna suatu penerimaan yang tidak terikat dengan akta tertentu atau bukan hasil negeri yang dijana daripada faktor-faktor pengeluaran negeri seperti dividen pelaburan, sewa bangunan atau apa sahaja sumber produktif kerajaan negeri yang lain.

7. Dengan kata lain, Kerajaan Terengganu sendiri mengakui bahawa ia bukan royalti yang wajib dibayar sebaliknya ihsan oleh Kerajaan Persekutuan. Nampaknya, MB kita tidak se'nelang' Ahmad Said dalam hal ini.

8. Ketiga, banyak inisiatif menarik yang diumumkan oleh MB. Tahniah diucapkan. Tetapi wajarlah juga MB berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah PH yang tetap menyalurkan duit petroleum walaupun pemimpin dan ahli PAS setiap hari memaki-hamun dan memfitnah PH dengan macam-macam tuduhan. Jika PH bersikap seperti BN, sudah pasti semua program yang diumumkan semalam tidak boleh dilaksanakan.

9. Keempat, dadah musuh utama negara dan negeri. Saya agak kecewa tiada peruntukan khusus untuk membasmi najis dadah di negeri ini. Sebagaimana manifesto PAS yang mahu mewujudkan pusat pemulihan dadah secara holistik, ia sepatutnya dimasukkan dalam Bajet 2019.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.