Utusan, oh Utusan
Oleh Dyana Sofya
Kebelakangan ini satu akhbar harian nasional yang berbahasa Melayu, Utusan Malaysia mula menyanyikan irama yang lain daripada biasa.
Akhbar yang lazimnya dikenali sebagai lidah rasmi Umno mula mengkritik dan menuntut mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminta maaf kepada ahli parti Umno kerana berbohong mengenai sumber wang RM2.6 bilion yang diterimanya ketika masih memegang kuasa.
Malah
ruangan editorial Awang Selamat yang ditulis beberapa pengarangnya juga
kini seakan-akan bertindak “bebas” dan mula “menyerang” Umno di samping
menyindir kerajaan Pakatan Harapan dan parti-parti komponennya.
Baru-baru ini pula, penolong ketua pengarangnya Datuk Zaini Hassan juga membuat pengakuan bahawa Utusan Malaysia telah silap dalam percaturan dan sepatutnya menjadi neutral walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik.
Beliau berpendapat bahawa Utusan harus menjadi suara rakyat dan kembali kepada asas kewartawanan selain meminta Utusan
bertaubat jika masih ingin mengekalkan survivalnya — lebih-lebih lagi
apabila akhbar itu terpaksa menawarkan skim pemisahan sukarela (voluntary separation scheme) kepada lebih 1,000 pekerjanya gara-gara masalah kewangan.
Saya teringat dahulu ketika di bangku sekolah, Utusan Malaysia merupakan antara akhbar yang saya sering baca untuk menambah baik pemahaman, tatabahasa dan penulisan Bahasa Melayu.
Ini kerana saya merasakan kualiti bahasanya baik walaupun inti patinya kurang saya fahami pada ketika itu.
Namun semakin melonjak dewasa, semakin saya rasa kurang gemar membaca akhbar tersebut.
Apabila mula berkecimpung dalam arena politik sebagai ahli DAP, lagilah meluat apabila membaca tulisan-tulisan yang jelas berniat untuk menghasut tanpa mengambil kira kebenaran.
Walau bagaimanapun atas urusan kerja maka terpaksalah juga saya menyelak helaian demi helaian kerana ketua saya pada ketika itu, Lim Kit Siang, sering menitikberatkan kepentingan untuk mengambil tahu apa yang diperkatakan musuh. Malah beliau sendiri membaca Utusan Malaysia setiap hari.
Kini akhbar yang bersejarah ini menghadapi masalah survival. Sekiranya tidak berubah, akhbar yang berusia 79 tahun dan dimulakan oleh Yusof Ishak (presiden Singapura yang pertama) dan Abdul Rahim Kajai (Bapa Kewartawanan Melayu) mungkin akan pupus. Alangkah sayangnya jika ia berlaku.
Suara rakyat dan bukan lidah Umno
Saya terpanggil dengan gesaan Zaini meminta Utusan Malaysia mencerminkan suara rakyat dan menentang Umno sekiranya perlu. Seruan ini bukanlah umpama bercintakan geliga di mulut naga.
Sebenarnya, pada suatu masa dahulu Utusan Malaysia adalah akhbar yang lantang membantah Umno sehinggakan seluruh pekerja akhbar itu pernah mogok selama tiga bulan kerana menolak tindakan Umno menguasai Utusan Melayu (nama lamanya) pada tahun 1960-an.
Pada ketika itu, Utusan didukung oleh golongan yang berhaluan kiri seperti Said Zahari di bawah pengaruh Tan Sri Abdul Samad Ismail, seorang tokoh kewartawanan dan pengasas Parti Kebangsaan Melayu. Kedua-dua mereka pernah ditahan di bawah ISA atas sebab idelogi politik mereka.
Utusan pada masa itu sangat bersifat politikal namun bukannya berpartisan. Dasar-dasar dan perspektif yang dibawanya lebih berhaluan kiri dan anti Barat walhal pendirian kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri Tunku Abdul Rahman lebih kepada dasar pro Barat.
Ya, alangkah bezanya citra Utusan pada ketika itu yang boleh dikatakan sebagai akhbar yang bertaring dan berprinsip.
Sudah tentu akhbar itu tidak dilihat sebagai suara yang mengampu, memfitnah dan membodek menyebabkan sering disaman dan terpaksa membayar saman sehingga ratusan ribu ringgit.
Mungkin kini tiba masanya untuk Utusan Malaysia kembali bertaring dalam mengkritik kedua-dua belah pihak, baik Pakatan Harapan sebagai kerajaan mahupun Umno sebagai pembangkang.
Warga Utusan seharusnya menyahut seruan untuk kembali menjadi suara rakyat, memainkan peranan sebagai nadi semak dan imbang untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia di samping menggalakkan orang ramai membaca bahan bacaan Bahasa Melayu yang berkualiti.
Utusan Malaysia, kalau hendak menjadi suara orang Melayu, jadilah suara yang boleh dibanggakan. Semoga berjaya!
* Dyana Sofya seorang ahli majlis eksekutif Pemuda Sosialis DAP
Kebelakangan ini satu akhbar harian nasional yang berbahasa Melayu, Utusan Malaysia mula menyanyikan irama yang lain daripada biasa.
Akhbar yang lazimnya dikenali sebagai lidah rasmi Umno mula mengkritik dan menuntut mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminta maaf kepada ahli parti Umno kerana berbohong mengenai sumber wang RM2.6 bilion yang diterimanya ketika masih memegang kuasa.
Baru-baru ini pula, penolong ketua pengarangnya Datuk Zaini Hassan juga membuat pengakuan bahawa Utusan Malaysia telah silap dalam percaturan dan sepatutnya menjadi neutral walaupun dimiliki oleh sebuah parti politik.
Saya teringat dahulu ketika di bangku sekolah, Utusan Malaysia merupakan antara akhbar yang saya sering baca untuk menambah baik pemahaman, tatabahasa dan penulisan Bahasa Melayu.
Ini kerana saya merasakan kualiti bahasanya baik walaupun inti patinya kurang saya fahami pada ketika itu.
Namun semakin melonjak dewasa, semakin saya rasa kurang gemar membaca akhbar tersebut.
Apabila mula berkecimpung dalam arena politik sebagai ahli DAP, lagilah meluat apabila membaca tulisan-tulisan yang jelas berniat untuk menghasut tanpa mengambil kira kebenaran.
Walau bagaimanapun atas urusan kerja maka terpaksalah juga saya menyelak helaian demi helaian kerana ketua saya pada ketika itu, Lim Kit Siang, sering menitikberatkan kepentingan untuk mengambil tahu apa yang diperkatakan musuh. Malah beliau sendiri membaca Utusan Malaysia setiap hari.
Kini akhbar yang bersejarah ini menghadapi masalah survival. Sekiranya tidak berubah, akhbar yang berusia 79 tahun dan dimulakan oleh Yusof Ishak (presiden Singapura yang pertama) dan Abdul Rahim Kajai (Bapa Kewartawanan Melayu) mungkin akan pupus. Alangkah sayangnya jika ia berlaku.
Suara rakyat dan bukan lidah Umno
Saya terpanggil dengan gesaan Zaini meminta Utusan Malaysia mencerminkan suara rakyat dan menentang Umno sekiranya perlu. Seruan ini bukanlah umpama bercintakan geliga di mulut naga.
Sebenarnya, pada suatu masa dahulu Utusan Malaysia adalah akhbar yang lantang membantah Umno sehinggakan seluruh pekerja akhbar itu pernah mogok selama tiga bulan kerana menolak tindakan Umno menguasai Utusan Melayu (nama lamanya) pada tahun 1960-an.
Pada ketika itu, Utusan didukung oleh golongan yang berhaluan kiri seperti Said Zahari di bawah pengaruh Tan Sri Abdul Samad Ismail, seorang tokoh kewartawanan dan pengasas Parti Kebangsaan Melayu. Kedua-dua mereka pernah ditahan di bawah ISA atas sebab idelogi politik mereka.
Utusan pada masa itu sangat bersifat politikal namun bukannya berpartisan. Dasar-dasar dan perspektif yang dibawanya lebih berhaluan kiri dan anti Barat walhal pendirian kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri Tunku Abdul Rahman lebih kepada dasar pro Barat.
Ya, alangkah bezanya citra Utusan pada ketika itu yang boleh dikatakan sebagai akhbar yang bertaring dan berprinsip.
Sudah tentu akhbar itu tidak dilihat sebagai suara yang mengampu, memfitnah dan membodek menyebabkan sering disaman dan terpaksa membayar saman sehingga ratusan ribu ringgit.
Mungkin kini tiba masanya untuk Utusan Malaysia kembali bertaring dalam mengkritik kedua-dua belah pihak, baik Pakatan Harapan sebagai kerajaan mahupun Umno sebagai pembangkang.
Warga Utusan seharusnya menyahut seruan untuk kembali menjadi suara rakyat, memainkan peranan sebagai nadi semak dan imbang untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia di samping menggalakkan orang ramai membaca bahan bacaan Bahasa Melayu yang berkualiti.
Utusan Malaysia, kalau hendak menjadi suara orang Melayu, jadilah suara yang boleh dibanggakan. Semoga berjaya!
* Dyana Sofya seorang ahli majlis eksekutif Pemuda Sosialis DAP
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.