Etnik Uighur: K'jaan China digesa henti kekejaman
MUSLIMAT PAS memandang serius tekanan yang dihadapi oleh etnik Uighur di wilayah Xinjiang.
Laporan melalui media arus perdana dari hari ke sehari menggambarkan tindakan kejam Kerajaan China terhadap umat Islam di sana.
Menurut Jawatankuasa Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), telah hampir satu juta warga Uighur yang
ditahan di pusat “anti-keganasan” China sejak bulan Ogos manakala
sejumlah 2 juta lagi dipaksa menjalani “indoktrinisasi kebudayaan dan
politik” agar mereka mentaati rejim Komunis dan mengubah identiti Islam
mereka.
Perbuatan tersebut sangat memberi kesan
kepada kita sebagai saudara Muslim kerana penindasan sebegini menyentuh
sensitiviti akidah umat Islam.
Keghairahan mereka menindas umat Islam mencerminkan tekanan yang dihadapi semakin mencabar dunia Islam.
Justeru Muslimat PAS mengutuk tindakan kejam Kerajaan China ke atas warga etnik Uighur.
Kami mendesak agar Kerajaan Persekutuan
melalui Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan segera dalam usaha
membantu umat Islam di sana.
Dalam masa sama perlu mengadakan
kerjasama dengan negara-negara berpengaruh dalam Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) untuk mengatasi masalah ini agar keadilan boleh
dipertahankan.
Muslimat PAS juga menyeru seluruh umat
Islam terutamanya mendoakan saudara kita di sana agar diberikan kekuatan
untuk menghadapi ujian hebat ini.
Semoga mereka tetap utuh mempertahankan
akidah masing-masing sebagaimana sirah telah menceritakan perihal
serikandi Islam pertama yang syahid mempertahankan akidah iaitu
Sumaiyah.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.