Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa pentadbiran
dahulu terlalu memanjakan penjawat awam sehingga perbelanjaan pengurusan
negara meningkat berbanding era beliau sebelum ini.
Saya
berpandangan beberapa perkara mesti diambil kira dengan teliti dan
mendalam sebelum membuat penilaian yang terlalu umum dan bersifat pukul
rata seperti itu.
Pertama, kita mesti melihat jumlah dan nisbah kakitangan awam berbanding penduduk negara ini.
Misalnya,
pada 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawat awam kita
ialah kira-kira sejuta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada
populasi penduduk adalah 1:25.
Kini - pada 2018 - jumlah saiz
populasi kita ialah seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat
awam seramai 1.62 juta orang. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada
populasi penduduk adalah 1:20.
Lebih penting kita mesti melihat
siapakah golongan atau sektor yang membentuk peratusan terbesar dalam
keseluruhan komposisi penjawat awam di negara kita.
Mereka ialah dari sektor pendidikan seperti guru, anggota keselamatan seperti tentera, polis, pegawai kesihatan dan lain-lain.
Padan dengan keperluan
Berbanding
dengan negara di Eropah misalnya, jumlah kakitangan awam mereka
didefinisikan dengan sangat spesifik sehingga dipecahkan kepada
perkhidmatan awam, sektor kesihatan dan hospital serta keselamatan.
Jadi,
jika digabungkan kesemuanya - seperti yang dilakukan oleh Malaysia -
sudah pastilah jumlah mereka juga amat besar dengan anggaran nisbah
kira-kira 1:10.
Jumlah ini hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia.
Begitu
juga dengan nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara
lain seperti Jerman (1:16), UK (1:11), AS (1:14), Australia (1:12) dan
New Zealand (1:13).
Ini bermakna jumlah kakitangan awam Malaysia
sebenarnya tidak besar, sebaliknya berpadanan dengan keperluan dan
nisbah populasi penduduk negara.
Sekali
pun berlaku peningkatan jumlah kakitangan awam, ia tidak secara
automatik bermaksud kita mempunyai lebihan kakitangan awam.
Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah, orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dulu.
Kita
tidak boleh bandingkan semua perkara dengan zaman silam. Seolah-olah
sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku
kepada negara kita.
Kedua, kita perlu bersetuju bahawa sumbangan
kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara sangat besar
dan penting. Tidak ada kerajaan biar dari mana-mana parti sekalipun yang
dapat menafikan perkara ini.
Jadi, saya bersetuju dengan
pandangan yang melihat kenyataan perdana menteri sebagai tidak wajar.
Sebaliknya, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan
keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.
Rendah, tak kompetetif
Misalnya,
memberikan lebih banyak ruang untuk mereka menerima latihan dan kursus
khas yang berkualiti, meletakkan indeks prestasi utama (KPI) dan sasaran
yang jelas serta mengubah suai sistem yang ada dengan menjadikannya
lebih bersifat teknologi terkini, mesra pengguna dan mudah.
Malah,
kerajaan mesti menawarkan insentif yang menarik untuk menggalakkan
bakat-bakat terbaik bangsa kita menyertai perkhidmatan awam.
Ketiga,
perdana menteri mendakwa kenaikan gaji dua kali setahun juga
menyebabkan penjawat awam dimanjakan dan ia menyebabkan kos sara hidup
meningkat dan perbelanjaan negara tinggi.
Kalau
kita semak semula, salah satu naratif kerajaan semasa kempen PRU ialah
gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif.
Sebab
itulah had gaji minimum sebanyak RM1,500 antara perkara utama yang
mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang PH hanya menetapkan
gaji minimum sebanyak RM1,050 dan kemudiannya disemak semula kepada
RM1,100.
Jadi, jika kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah
proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ia suatu
langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya
dipertikaikan tanpa asas yang jelas.
Lebih penting, tanpa kenaikan gaji sekali pun harga barang akan tetap naik.
Hujah
yang menuduh bahawa kenaikan gaji kaki tangan awam adalah faktor yang
menyumbang kepada kenaikan harga barang adalah sangat tidak tepat dan
tidak logik.
Ia ibarat satu naratif dan alasan baharu yang
dikeluarkan oleh kerajaan semasa akibat kegagalan mereka untuk mengawal
harga barang.
MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno.
'Hujah Mahathir tak logik'
Reviewed by editorreformis
on
Disember 03, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Faisal Tehrani Dalam krisis kepimpinan di Negeri Sembilan yang tercetus berakibat dari tindakan Undang Berempat memecat Yamtuan atau...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.