Amanah Tidak Terlibat Dengan Kes Siasatan Salah Guna Dana Zakat
Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bermesyuarat malam ini membuat ketetapan atas beberapa perkara iaitu:
1. Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada 22 dan 23 Ogos, 2026.
2. AMANAH menegaskan bahawa AMANAH tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes salah guna dana zakat yang sedang disiasat SPRM.
3. AMANAH turut menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan SPRM kerana dana zakat adalah bagi membantu golongan asnaf dan bukan untuk mengumpul kekayaan peribadi.
4. AMANAH turut membincangkan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan dan mengutuk sebarang usaha membentuk kerajaan tebuk atap yang boleh menggugat kestabilan politik dan mengganggu pentadbiran kerajaan.
5. AMANAH turut mengambil maklum beberapa kes pendakwaan berkaitan isu politik terhadap beberapa orang ahli dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk membela mereka.
MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (AMANAH)




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.