Hari Ini Tarik Sokongan, Esok Tak Nak Jadi MB, Lusa Minta Sidang Khas
1. Mula-mula suruh tangguh persidangan DUN.
2. Lepas itu cadang tubuh jawatankuasa “keadilan / penyelesaian dalaman” bila DUN ditangguhkan.
3. Tiba-tiba pula tarik sokongan kepada MB.
4. Beberapa jam kemudian, umum kononnya dah cukup jumlah sokongan.
5. Tak lama lepas itu, dakwa pula sudah ada majoriti mudah dengan 5 ADUN PN untuk bentuk kerajaan negeri.
6. Bila netizen mula kecam isu “tebuk atap”, terus tutup ruangan komen Facebook.
7. Lepas itu buat sidang media, kata bukan tebuk atap dan “tak mahu jadi MB”.
8. Beberapa jam kemudian, cadang pula supaya DUN dibubarkan.
9. Tak sempat reda, tiba-tiba kata bersedia jadi pembangkang.
10. Lepas itu, desak pula sidang DUN khas diadakan.
Mana satu sebenarnya, Jalal?
Dalam masa kurang 24 jam, semua pendirian boleh berubah macam musim angin.
Sebelum buat kenyataan, dah fikir dulu atau sekadar ikut arus?
sumber FB Jason




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.