Umno Negeri Sembilan Yang Serba Tak Kena
Oleh Dr. Zulqarnain Lukman
Peguam ada PhD
Selepas kegagalan serang hendap tebuk atap di Negeri Sembilan nampaknya BN UMNO berada dalam keadaan serba tak kena. Nampaknya tidak ada sebarang Plan B dan Plan C jika Plan A gagal. Ini adalah kegagalan strategik bagi parti yang veteran dan penuh politikus yang berpengalaman.
Mula-mula UMNO tarik balik sokongan kepada Menteri Besar. Bila gagal pelan tersebut keluar pula kenyataan ingin menghadap Tuanku Mukhriz.
Selepas itu, UMNO kata sanggup jadi pembangkang.
Tidak lama kemudian UMNO claim sudah chukop jumelooh untuk bentuk kerajaan baharu.
Kemudian, keluar pula statement yang menyatakan UMNO berbuat demikian kerana ingin menjaga adat di Negeri Sembilan.
Selanjutnya, keluar pula statement UMNO yang menyeru supaya dibuat sidang khas Dun. Ini kelakar lah kerana UMNO sendiri yang cadangkan sidang Dun pada 23hb April lepas untuk ditangguhkan.
Sekarang keluar pula kenyataan ada Adun UMNO itu hendak u-turn dan hendak balik menjadi exco. Muka Adun UMNO mana yang tidak malu sangat tu terhegeh-hegeh hendak masuk jadi kerajaan balik.
Semalam Pengerusi UMNO Negeri Sembilan sudah arahkan semua exco dan timbalan speaker untuk hantar balik kereta mercedes masing-masing. Tidak malu kah hendak minta balik kunci kereta mercedes tu?
Di luar Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO dan KJ pula kemain bersilat untuk mempertahankan tindakan tebuk atap UMNO ini.
Jadi jika UMNO hendak u-turn, apakah UMNO hendak telan balik kata-kata mereka bahawa mereka membuat tebuk atap kerana atas prinsip untuk mempertahankan adat? Jadi adakah apabila UMNO kembali menjadi exco secara automatik adat sudah terpelihara?
Kalau hendakkan kuasa tidak perlu pun spin sampai putar-putar macam gasing. Putar gasing itu putar tempat yang sama. Orang putih kata macam masuk roundbout dan pusing roundbout sampai tak jumpa cari jalan keluar. Cakap terang-terang dan tak perlu konar sana sini jika UMNO gila kuasa.
Apa pun diharapkan MB Negeri Sembilan tak perlu lah untuk lantik UMNO masuk balik di dalam exco. Sudah terbukti UMNO ini sukar untuk pegang janji taat setia. Ada peluang mereka akan gigit balik tangan MB. Lebih baik MB Negeri Sembilan gunakan ruang masa berbaki sebelum PRU ini untuk memakmurkan Negeri Sembilan.
Lagi pun banyak benda sulit yang dibincangkan di dalam mesyuarat exco. Kita tidak mahu ada duri dalam daging waktu kita makan nasi. Kalau ada tulang dalam daging pun kita luahkan balik daripada mulut kita apatah lagi jika ada duri. Nanti tak pasal-pasal rabak lidah dan gusi kena duri itu.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5-6 bulan ini biarlah UMNO itu hidup jadi pembangkang. Lagipun, tiada keperluan pun untuk membuat sidang Dun buat masa sekarang. Sidang Dun akan datang hanya perlu dibuat untuk meluluskan bajet.
Yang paling kelakar, Timbalan Presiden PAS pun hendak menyibuk juga. Menyeru kepada Speaker Dun untuk mengesahkan MB Negeri Sembilan sudah tidak chukop jumelooh. Adoyai! takkan lah tara Timbalan Presiden dan bekas Menteri pun tak faham kuasa Speaker. Ada ka mana-mana Speaker kat Malaysia ini buat perisytiharan sebegitu di luar DUN. Sekurang-kurangnya mestilah ada usul undi tidak percaya dan selepas dibuat undian baharulah Speaker boleh membuat perisytiharan sebegitu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.