ICERD: Pengkhianat Melayu dipergunakan DAP
KUALA LUMPUR: PAS bukan
sahaja parti politik, tetapi juga adalah parti dakwah yang membesarkan
kepentingan Islam lebih dari segala-galanya, demikian kata Ahli Parlimen
Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi.
Malah ujarnya yang juga Setiausaha PAS
Negeri Kelantan, PAS tidak pernah berubah dasar dan keputusannya
terhadap sebarang isu di mana sentiasa bersama Islam ataupun akan
membawa kebaikan kepada Islam.
Kerana itulah menurutnya, PAS bukan
sahaja boleh bersama pihak atau parti lain termasuk Umno, malah parti
Islam itu juga pernah mengikat hubungan dengan DAP walaupun secara
'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
"Yang bermakna selagi tidak ganggu
gugat, tidak halang untuk kita laksana Islam. Hingga sampai pada satu
ketika (DAP) sebut (dalam pemerintahannya) di Pulau Pinang, akan laksana
sepertimana pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz.
"Jadi PAS mengambil kesempatan bersama
mereka untuk menyampaikan dakwah Islam. Tetapi apabila mereka jelas
menentang Islam, maka PAS tidak lagi bersama mereka," tegas beliau.
Beliau menyuarakan kekesalan terhadap
kalangan Menteri-menteri dalam PH yang tidak mampu untuk menyuarakan
kepentingan Islam dan keadilan untuk orang Melayu di mana seperti
'bersorak di kampung' sahaja.
"Mereka dipergunakan oleh musuh-musuh
Islam cuba bawa ratifikasi ICERD ini. Ada juga pengkhianat Melayu yang
dipergunakan DAP, dia mencari pelbagai hujah untuk menyatakan kesilapan
kita membantah ICERD.
"Mereka mencari segala hujah
menjustifikasikan kehendak mereka meratifikasi ICERD dalam usaha
kononnya untuk bawa keadilan kepada semua. Sedangkan Islam telah
menjamin keadilan untuk semua," kemukanya.
Bahkan beliau menolak dakwaan pihak
tertentu bahawa berlakunya paksaan memeluk Islam, sedangkan Allah
tegaskan dalam al-Quran tiada paksaan di dalam Islam di mana perkara itu
tidak pernah berlaku pun.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.