Media macam senjata, jangan guna berbohong
KUALA LUMPUR: Media
mempunyai peranan sangat penting kepada perpaduan ummah, namun cadangan
meluluskan 'Akta Bohong' adalah sesuatu yang merisaukan kerana membawa
kepada kejahatan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata, sepatutnya akta sedemikian tidak perlu diluluskan
kerana bohong adalah haram dan tidak sepatutnya diberi lesen untuk
bohong.
Perkara tersebut dinyatakan beliau pada program Bicara Minda Bersama Presiden PAS anjuran Sinar Harian yang dilangsungkan di syarikat media itu di Shah Alam, petang kelmarin.
"Itu satu undang-undang yang mengarut,
kita jangan benarkan bohong ini menular dalam masyarakat. Nabi bersabda,
bohong ini membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka.
"Jadi jangan orang itu dia berbohong,
akhirnya ke neraka. Ini Nabi beri amaran begitu, kita kena ajar. Apalagi
kita kena sedar apa yang kita tulis, yang kita beritakan, kalau perkara
itu kebajikan, membawa kebaikan kepada ramai, pahala bepanjangan.
"Walaupun kita dah meninggal dunia, kita
dah mati, tapi orang manfaat apa yang kita bawa ini. Pahala sampai
dalam kubur kita, sampai kiamat," jelas beliau.
Terangnya, begitu juga dengan kejahatan
di mana jika ia ditunjukkan kepada manusia hingga orang melakukannya
atau sesat, maka dosa berpanjangan juga akan diterima pihak yang
memulakannya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.