Negara berjalan baik sejak 1957, PM beritahu Putrajaya
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan negara
berjalan dengan baik sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 apabila
kerajaan berjaya memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar untuk
mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik.
Katanya, kemerdekaan yang dikecapi bukan semata-mata bererti bebas daripada penjajahan negara asing, tetapi juga bermakna Malaysia berupaya menentukan nasibnya sendiri.
Atas sebab itu, katanya, setiap individu yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mesti mahir mengenai strategi untuk mentadbir negara.
“Alhamdulillah sejak tahun 1957, negara kita telah berjalan dengan baik. Pada mulanya negara kita ditadbir dengan tertib dan dapat berjalan sebagai sebuah negara merdeka.
“Sebab itu apabila kita merdeka, kita beri tumpuan kepada kawasan
luar bandar. Mereka perlu diberi kuasa. Kuasa untuk mengalih kedudukan
mereka,” katanya dalam pertemuan bulanan perdana menteri dengan warga
Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Tambah Dr Mahathir, sejak awal pembentukan kerajaan lagi, Malaysia memberi fokus kepada usaha menyediakan kebaikan dan kemudahan kepada rakyat, khususnya di luar bandar.
Hal itu ekoran daripada kesan penjajahan dahulu yang hanya menumpukan kawasan bandar sehingga meminggirkan pembangunan masyarakat luar bandar.
Bagi mengatasi masalah itu, golongam tersebut diberikan kuasa dengan kehadiran wakil rakyat yang lebih ramai berbanding kawasan bandar.
“Dengan itu suara mereka jadi lebih lantang dalam Dewan Rakyat. Dengan adanya suara ramai dari kawasan luar bandar, maka dapatlah mereka diberi tumpuan oleh pihak ketua (wakil rakyat),” katannya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pembangunan di luar bandar yamg menjadi tumpuan kerajaan sejak mencapai kemerdekaan tidak menjadikan pembangunan bandar dipinggirkan.
“Sebaliknya, kita dapati kawasan bandar tidak ketinggalan kerana mereka lebih cekap mentadbir daripada kawasan luar bandar,” katanya
Katanya, kemerdekaan yang dikecapi bukan semata-mata bererti bebas daripada penjajahan negara asing, tetapi juga bermakna Malaysia berupaya menentukan nasibnya sendiri.
Atas sebab itu, katanya, setiap individu yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mesti mahir mengenai strategi untuk mentadbir negara.
“Alhamdulillah sejak tahun 1957, negara kita telah berjalan dengan baik. Pada mulanya negara kita ditadbir dengan tertib dan dapat berjalan sebagai sebuah negara merdeka.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Tambah Dr Mahathir, sejak awal pembentukan kerajaan lagi, Malaysia memberi fokus kepada usaha menyediakan kebaikan dan kemudahan kepada rakyat, khususnya di luar bandar.
Hal itu ekoran daripada kesan penjajahan dahulu yang hanya menumpukan kawasan bandar sehingga meminggirkan pembangunan masyarakat luar bandar.
Bagi mengatasi masalah itu, golongam tersebut diberikan kuasa dengan kehadiran wakil rakyat yang lebih ramai berbanding kawasan bandar.
“Dengan itu suara mereka jadi lebih lantang dalam Dewan Rakyat. Dengan adanya suara ramai dari kawasan luar bandar, maka dapatlah mereka diberi tumpuan oleh pihak ketua (wakil rakyat),” katannya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pembangunan di luar bandar yamg menjadi tumpuan kerajaan sejak mencapai kemerdekaan tidak menjadikan pembangunan bandar dipinggirkan.
“Sebaliknya, kita dapati kawasan bandar tidak ketinggalan kerana mereka lebih cekap mentadbir daripada kawasan luar bandar,” katanya




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.