PH, Warisan mesti tolak wakil rakyat lompat — Bersih Sabah
Bersih Sabah sekali lagi mengingatkan Pakatan Harapan untuk menolak
wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)
mahupun Parlimen yang keluar secara beramai-ramai dan menyatakan
sokongan kepada parti pemerintah.
Sebelum ini kami pernah memberi amaran budaya lompat parti pada kenyataan media bertajuk “Hormat suara rakyat, hentikan budaya melompat, utamakan prinsip” pada 12 Mei lalu, sejurus selepas pembentukan kerajaan negeri Sabah.
Gesaan yang serupa dilaungkan oleh Bersih 2.0 pada 1 November lalu apabila pendedahan oleh timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berikutan 40 ahli parlimen Umno yang, katanya, akan menyertai parti tersebut.
Baru-baru ini lima ahli parlimen dan sembilan ADUN Umno Sabah telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersih
Sabah melihat perkara ini sebagai satu perbuatan curang dan
mengkhianati mandat yang diberikan rakyat kepada mereka berdasarkan
manifesto serta platform parti politik yang mereka wakili pada pilihan
raya umum ke-14.
Sekiranya Pakatan Harapan mahupun Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima wakil-wakil rakyat tersebut, maka terbukti Pakatan Harapan tidak inginkan negara ini mempunyai demokrasi yang berkesan serta pihak yang dapat memberi teguran kepada sebarang dasar mahupun tindakan kerajaan, dan ini akan membuka kotak Pandora yang akan mengabsahkan segala tindak-tanduk kerajaan walaupun ia salah.
Bersih Sabah berpendirian sekiranya wakil rakyat melompat parti maka pilihan raya semula harus dibuat semula bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan calon yang tepat bagi kerusi tersebut yang lebih berprinsip dan jujur kepada perjuangan membela rakyat.
Wakil rakyat harus tahu bahawa platform bagi memperjuangkan hak rakyat tidak terhad hanya menjadi penyokong kepada kerajaan sahaja.
Menjadi pembangkang yang baik juga adalah satu bentuk perjuangan bagi menegur segala tindak-tanduk kerajaan yang dirasakan tidak absah serta perkara ini akan memperbaiki dengan lebih baik segala dasar yang bakal dibentuk kelak.
Menjadi pembangkang bukanlah satu penghinaan, malah ia adalah platform yang berbeza bagi mengisi kemenangan dan berkhidmat kepada rakyat.
Sekali lagi Bersih Sabah mengulangi gesaan agar pihak parti pemerintah menolak wakil rakyat yang melompat parti ini demi memastikan demokrasi dalam negara berjalan sebagaimana yang sewajarnya dengan mempunyai pembangkang yang kuat dan berpengalaman memerintah.
* Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sekretariat Bersih Sabah.
Sebelum ini kami pernah memberi amaran budaya lompat parti pada kenyataan media bertajuk “Hormat suara rakyat, hentikan budaya melompat, utamakan prinsip” pada 12 Mei lalu, sejurus selepas pembentukan kerajaan negeri Sabah.
Gesaan yang serupa dilaungkan oleh Bersih 2.0 pada 1 November lalu apabila pendedahan oleh timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berikutan 40 ahli parlimen Umno yang, katanya, akan menyertai parti tersebut.
Baru-baru ini lima ahli parlimen dan sembilan ADUN Umno Sabah telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekiranya Pakatan Harapan mahupun Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima wakil-wakil rakyat tersebut, maka terbukti Pakatan Harapan tidak inginkan negara ini mempunyai demokrasi yang berkesan serta pihak yang dapat memberi teguran kepada sebarang dasar mahupun tindakan kerajaan, dan ini akan membuka kotak Pandora yang akan mengabsahkan segala tindak-tanduk kerajaan walaupun ia salah.
Bersih Sabah berpendirian sekiranya wakil rakyat melompat parti maka pilihan raya semula harus dibuat semula bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan calon yang tepat bagi kerusi tersebut yang lebih berprinsip dan jujur kepada perjuangan membela rakyat.
Wakil rakyat harus tahu bahawa platform bagi memperjuangkan hak rakyat tidak terhad hanya menjadi penyokong kepada kerajaan sahaja.
Menjadi pembangkang yang baik juga adalah satu bentuk perjuangan bagi menegur segala tindak-tanduk kerajaan yang dirasakan tidak absah serta perkara ini akan memperbaiki dengan lebih baik segala dasar yang bakal dibentuk kelak.
Menjadi pembangkang bukanlah satu penghinaan, malah ia adalah platform yang berbeza bagi mengisi kemenangan dan berkhidmat kepada rakyat.
Sekali lagi Bersih Sabah mengulangi gesaan agar pihak parti pemerintah menolak wakil rakyat yang melompat parti ini demi memastikan demokrasi dalam negara berjalan sebagaimana yang sewajarnya dengan mempunyai pembangkang yang kuat dan berpengalaman memerintah.
* Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sekretariat Bersih Sabah.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.