https://critoxium.com/shop/

Terkini

Antara kecewa dan selesa.

Oleh Ahmad Syukri Abd Razab

 Selepas hantar kereta ke bengkel, saya tumpang kereta Grab untuk balik rumah.

Uncle Cina yang pandu Grab. Saya tak bersembang banyak kerana sibuk melayan whatsapp di kerusi sebelah kiri pemandu. Sambil baca berita, saya kadang-kadang mengeluh. "Haihhh macam - macam isu Negara skrg ni".

Tak semena-mena uncle itu masuk mencelah. "Sama saja, Lepas tukar pun sama saja.. Kita macam tukar kotak saja, isi dalam sama saja". Pandai pula uncle ni beranalogi. Ni SPM mesti Bahasa Melayu dapat A ni dulu.

Lantas, dilema berpusar-pusar dalam hati. "Aku ni parti Kerajaan ni, nak pertahan ke, atau nak tambah kuah ni". Akhirnya aku diam sehingga sampai destinasi.

Uncle tu tak salah, malah itulah yang benar. Sepanjang saya naik teksi dan Grab sebelum PRU 14, tak pernah sekali pun saya jumpa uncle Cina dan India yang sokong BN. Sebelum ni mereka siap berkempen kepada penumpang untuk berani tukar kerajaan. Tanpa ambil peduli siapa penumpang yang naik kereta mereka tu.

Tapi nampaknya hari ini saya bertemu dengan nada yang berbeza. Sebenarnya ada dua garis yang sedang menuju dua kutub berbeza. Iaitu sebilangan rakyat yang semakin kecewa, dan segelintir Pak Menteri serta juak-juaknya yang semakin hidup selesa

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.