https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tahniah Malaysia ,Tegas Menolak Atlet Israel

1.Tahniah kepada Kabinet Kerajaan Malaysia yang diterajui Pakatan Harapan serta ketegasan YAB Perdana Menteri yang tidak mengizinkan pasukan atlet renang dari Israel untuk menyertai kejohanan renang para limpik di Serawak Julai ini mendapat respon dari pelbagai pihak terutamanya pihak antarabangsa. Tun Mahathir yang diasak ketika siri syarahan Oxford Union di United Kingdom dan komen dari kepimpinan utama Austria ketika lawatan kerjanya baru-baru ini, tuntas tidak mengubah pendiriannya dalam isu ini.

2.Rakyat Malaysia tetap bersama YAB Perdana Menteri dalam keputusan kabinet untuk tidak mengizinkan atlet dari Negara haram Israel untuk bersama menyertai dalam acara sukan renang paralimpik yang dijadualkan pada Julai ini.Sekali gus mengambarkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin.

3.Rentetan daripada keputusan tegas dan jitu Kerajaan Malaysia ini, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Paralimpik yang bakal dilangsungkan Julai ini sungguhpun kontrak penganjurannya telah ditandatangan sejak September 2017 lagi. Mungkin IPC tidak menyangka Kerajaan HARAPAN baru dibawah kepimpinan YAB Tun Mahathir akan mengambil pendirian sedemikan berbanding kerajaan BN sebelum ini yang tidak berkata apa-apa sejak kontrak penganjuran ditandatangi 2017 lalu.

4.Keputusan IPC mengambarkan yang pertubuhan itu pro Israel dan lebih mengutamakan Israel dari hak negara tuan rumah menyatakan pendirian. Pembatalan tersebut serta ketegasan kerajaan Malaysia yang di terajui Pakatan Hatapan akan membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa kezaliman dan ketidakan adilan hak asasi berkait rapat dalam apa jua situasi.

5.Pembatalan ini juga merupakan satu kejayaan buat rakyat Palestin apabila hak mereka diangkat oleh sebuah Negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia yang tidak berkompromi dengan kezaliman dan kekejaman serta sifat rasism.

6.Saya juga menyeru Negara Negara islam khasnya serta Negara Negara lain amnya agar bersama dalam menegakkan hak asasi rakyat Palestin dan menolak kezaliman regim Israel ini.

7.Disamping itu saya juga ingin mengulangi sokongan kami dari AMANAH akan keputusan dan pendirian tegas YAB Perdana Menteri yang sangat komited dalam isu penindasan terhadap rakyat Palestin dan kezaliman oleh regim zionis Israel tanpa tunduk terhadap tekanan luar. Dan Malaysia telah membayar satu harga yang sangat mahal dalam isu ini sehingga dibatalkan hak penganjuran sukan peringkat antarabangsa demi untuk mempertahankan hak dan kedaulatan bumi dan maruah rakyat Palestin.

8.Saya juga mengucapkan syabas kepada keseluruhan anggota kabinet dibawah YAB Tun Mahathir yang berdiri teguh mempertahankan keputusan ini. Ini membuktikan bahawa kabinet HARAPAN di bawah Malaysia Baru mempunyai satu idealisma kesatuan yang kukuh demi keadilan sejagat.

9.Ayuh rakyat Malaysia kita bersama sama dalam menyuarakan sokongan dan bersolidariti terhadap umat Palestin dengan menyokong pendirian jitu Kerajaan Malaysia.

Salam Hormat
DATO HAJI MAHFUZ OMAR
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.