https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi puji langkah 'tepat' Mahathir sekat atlet Israel

KUALA LUMPUR, — Presiden PAS memuji keputusan perdana menteri menyekat penyertaan atlet Israel dalam satu pertandingan sukan bertaraf dunia di Malaysia.

Menyifatkan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad “sangat tepat”, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara itu sekali gus “signal menentang” dan “menolak kezaliman zionis” negara tersebut.

“[...] keputusan kerajaan dalam hal ini adalah sangat tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa dan tempatan,” kata Hadi dalam kenyataan di Facebook.

Minggu lalu, Mahathir bertegas tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia di Kuching, Sarawak yang dijadual berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Jurucakap kementerian luar Israel hari ini mengutuk tindakan kerajaan, termasuk melabelkan Mahathir sebagai “anti-semitisme fanatik”.

“Kami menyeru jawatankuasa paralimpik antarabangsa untuk mengubah keputusan yang salah ini atau menukar lokasi acara terbabit,” kata Emmanuel Nahshon.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.