Menteri meluat, Israel label PM anti-Yahudi, tiada semangat Olimpik
PUTRAJAYA, — Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata
beliau merasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar
Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan
melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi.
Saifuddin berkata selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang jelas mencabul undang-undang antarabangsa.
“Israel tiada hak untuk bercakap tentang nilai moral apabila mereka sendiri adalah sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan penyertaan atlet Israel dalam acara sukan antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.
Pada
10 Jan lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia kekal dengan
pendirian tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan
Renang Para Dunia 2019 di Kuching bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Saifuddin juga mengulangi Malaysia sentiasa dan akan terus menjadi penyokong tegar perjuangan rakyat Palestin yang disokong oleh komitmen jangka panjangnya ke arah mengembalikan hak dan kebebasan rakyat Palestin. — Bernama
Saifuddin berkata selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang jelas mencabul undang-undang antarabangsa.
“Israel tiada hak untuk bercakap tentang nilai moral apabila mereka sendiri adalah sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan penyertaan atlet Israel dalam acara sukan antarabangsa yang dianjurkan Malaysia dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.
Saifuddin juga mengulangi Malaysia sentiasa dan akan terus menjadi penyokong tegar perjuangan rakyat Palestin yang disokong oleh komitmen jangka panjangnya ke arah mengembalikan hak dan kebebasan rakyat Palestin. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.