https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerana kemaruk kuasa Mak Lampir sanggup lakukan apa sahaja

Oleh Syed Badli Shah Syed Osman

Dalam konteks dunia politik harini, pelbagai karektor purba akhirnya muncul dikalangan mereka yang cerdik pandai dan bergiat di arena politik.

Seperti legenda Misteri Mak Lampir yang berlaku di Sumatera Barat begitu terkenal di kalangan kita.
Legenda tersebut mengisahkan seorang wanita yang penuh misteri dengan ketamakan dan haloba kuasa.

Kerana kemaruk kuasa Mak Lampir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.
Mengamalkan ilmu hitam dan menguasai sihir jahat antara yang menjadi strategi ampuh untuknya supaya kekal berkuasa.

Baling batu sembunyi tangan juga antara strategi yang menjadi mainan demi menghuru-harakan sebuah keamanan.

Matlamatnya mudah, ingin berkuasa secara mutlak dan kekal abadi.

Untuk merealisasikan matlamatnya, Mak Lampir memilih pasukan jahat dengan bersekutu bersama jin dan syaitan.

Beliau juga membina para pengikut yang taat setia secara membabi buta terdiri dari kalangan mereka-mereka yang berhati gelap dan sesat.

Maka berlakulah pelbagai onar dan tipu muslihat untuk menghuru-harakan institusi masyarakat.
Pelbagai serangan berbentuk fitnah bercampur hasutan demi menyesatkan manusia supaya mereka tunduk menjadi pengikutnya.

Sedang Mak Lampir mabuk diulik kuasa muncul seorang wira, Kyai Ageng Prayogo yang akhirnya berjaya menewaskan Mak Lampir dan mengurungnya di dalam sebuah peti di bawah gunung yang diberi nama Gunung Merapi.

Persoalannya sekarang masih wujudkah karektor Mak Lampir dalam realiti politik hari ini?

Jika wujud individu berkarektor begitu bukan sahaja perlu ditentang malah perlu dibasmi demi mengembalikan kestabilan politik dengan mengekalkan kuasa baik dan jujur.

Dalam sebuah perjuangan yang panjang pasti akan melahirkan sejumlah pengkhianat dan penjilat.

Golongan tamak dan haloba tidak akan pernah jemu mengejar apa yang dihajatinya. Matlamat menghalalkan cara. Setiap kejahatan itu boleh dinilai dan dikesan.

Namun terpulang kepada mereka yang berhati baik sama ada mahu melawan atau kekal tunduk di bawah mereka yang bersekutu dengan syaitan.

Jika ditanya kepada saya, saya akan memilih untuk melawan demi mempertahankan mereka yang jujur.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN adalah Naib Ketua, Pemuda PKR (AMK).

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.