https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pelaburan emosi dan beban psikologi

Oleh Haris Zalkipli

Medan pertarungan politik mendedahkan psikologi bermacam jenis manusia, yang memilih untuk menunjukkannya di pelbagai ruang, dari kumpulan WhatsApp taman perumahan hingga ke laman media sosial.

 Sekarang ini, selepas banyak janji tidak tertunai malah keadaan tidak berubah menjadi lebih baik, ramai menunjukkan keresahan masing-masing menanggung beban psikologi apabila pelaburan emosi masing-masing menjadi liabiliti.

Hujah-hujah yang dikempen dengan penuh yakin sambil menyindir sejak sekurang-kurangnya setahun lalu kini menghantui apabila realiti menunjukkan hampir semua janji dan kepercayaan itu hanyalah mimpi-mimpi populis.

 Ini memang biasa dan mudah berlaku pada mereka yang mengambil sikap keras dalam politik kepartian, dan banyak keputusan berkaitan politik ditentukan oleh emosi dan kecenderungan superfisial yang lain.

Beban psikologi ini ditangani dengan pelbagai cara, termasuk berundur dan memperlahankan langkah, dan juga menyerang dengan lebih keras dan garang, untuk mengelak daripada malu mengaku salah.

 Pengakuan seperti berpuas hati kerana "berjaya menjatuhkan Najib" dan alasan berbunyi lebih mulia seperti mencegah kemungkaran, dan "matlamat jangka panjang lebih utama berbanding harga minyak" ialah antara manifestasi mekanisme pertahanan yang terdedah apabila menangani keresahan dalaman ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.