https://critoxium.com/shop/

Terkini

PH jaga veteran ATM lebih baik dari BN

KUALA LIPIS, — Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyangkal dakwaan kementeriannya seolah-olah mengabaikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Mohamad berkata kebajikan golongan itu terus dijaga seperti mana di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, malah telah ditambah baik.

“Zaman menteri dulu enam tahun tak ada Majlis Veteran Tentera, baru (sekarang) saya gerakkan Majlis Veteran ini semula,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke pasar malam Sungai Koyan di sini, bersama-sama calon PH bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, M. Manogaran, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anggota Parlimen Sembrong yang juga bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara lain mendakwa beliau tidak melihat sebarang perancangan diumum Kementerian Pertahanan berhubung kait pembelaan veteran tentera walaupun telah sembilan bulan PH mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Mohamad berkata semua hak-hak kebajikan veteran tentera diteruskan termasuk bantuan perubatan, bantuan persekolahan, bantuan hospital dan bantuan sara hidup. — Bernama



Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.