PH perlu henti beri alasan dan laksana manifesto PRU14
Oleh Ahmad Syukri Che Ab Razab
Kerajaan boleh memberi sejuta alasan untuk merasionalkan janji-janji tertangguh. Alasan seperti hutang negara yang menimbun hasil peninggalan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi hujah paling popular sehingga rakyat muak dengan alasan tersebut.
Sememangnya kerajaan sedang pusing memikirkan cara menyelamatkan kedudukan kewangan negara yang hakikatnya sudah parah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini meminta rakyat bersabar untuk 3 tahun lagi bagi memberi masa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaik pulih kewangan negara.
Tetapi, rakyat hari ini adalah rakyat yang sudah terlalu lama bersabar, lalu permintaan masa tambahan selama 3 tahun itu mungkin sukar diterima rakyat.
Sikap kerajaan hari ini menjadikan seolah-seolah pihak yang menggesa
manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dilaksanakan segera, dilihat
sebagai pihak yang menyusahkan, sehingga suara-suara desakan juga
semakin menghilang akibat tenggelam dengan alasan-alasan bersulam nombor
dan angka yang sukar difahami rakyat biasa.
Yang mendesak menjadi serba salah, yang didesak pula kelihatan semakin selesa dalam pejabat-pejabat besar dengan gaji puluhan ribu sebulan. Inilah bahayanya bila rakyat sudah mendiamkan diri.
Bodohnya Umno-BN kerana mereka tidak belajar sewaktu rakyat bising melalui demonstrasi jalanan. Malangnya, PH apabila tidak berpeluang melayan kebisingan rakyat, tetapi dalam diam rakyat terus menghukum mereka.
Kadangkala kelihatan kerajaan seperti masih dibuai kenangan indah kemenangan pada 9 Mei 2018. Untuk berlaku adil, sememangnya terdapat kementerian tertentu yang dilihat ada pergerakan dan perkembangan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Namun, ada juga sesetengah kementerian yang sehingga hari ini jika ditanya nama menterinya, ramai yang tidak tahu.
Kekalahan PH di Cameron Highlands walaupun sudah dijangka, tetapi wajar diambil serius. Pilihan rakyat perlu dihormati dan khidmat tetap perlu dicurahkan kepada semua rakyat tanpa mengira sempadan politik.
Agak menyedihkan apabila irama kempen parti kerajaan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands terlalu sarat dengan sentimen politik pembangkang. Tetapi, itulah yang terjadi apabila kerajaan tak banyak cerita atau kerja yang boleh dikongsikan kepada rakyat.
Sebenarnya, PH tak perlu bersusah payah mencongak untuk menang, jika janji dalam manifesto banyak tertunai. Malangnya, kempen sesetengah pemimpin PH masih terlalu berkiblatkan Datuk Seri Najib Razak dengan skandal yang satu dunia sudah tahu.
Akhirnya, naratif perlawanan di Cameron Highlands didominasi Najib. Ini merupakan kesilapan maut yang tidak boleh diulangi.
Tidak perlu dibuat “retreat” atau “Perkampungan muhasabah” selama 3 hari 2 malam di mana-mana pusat peranginan untuk mengenal pasti punca kekalahan di Cameron Highlands.
Juga, tidak perlu berpening kepala memikirkan cara melawan sentimen perkauman dan keagamaan sempit mainan PAS dan Umno. Hal ini kerana rakyat telah memberi segala jawapan pada 9 Mei tahun lalu.
Rakyat mahukan kerajaan yang jujur, bukannya kerajaan yang terkantoi menggunakan kereta milik agensi kerajaan untuk berkempen politik.
Rakyat mahukan kerajaan yang boleh buat kerja, bukannya menteri yang banyak cakap, tetapi hasil belum ada. Rakyat mahukan kerajaan berkebajikan, bukannya kerajaan yang sibuk membincangkan kenaikan tarif air dalam keadaan manifesto kebajikan lain belum terlaksana sepenuhnya.
Tiga tahun lagi bermakna Malaysia sudah berada di ambang PRU15. Jika pada waktu itu baru semua manifesto ingin dilaksanakan, tidakkah ia kelihatan seperti gula-gula pilihan raya gaya kerajaan BN sebelum ini?
Oleh itu, kerajaan PH perlu segera melaksanakan manifesto kebajikan berpandukan Buku Harapan pada Mei 2018. Kerajaan perlu mampu menguruskan proses pembayaran hutang negara, tetapi lebih penting kerajaan perlu menguruskan perasaan rakyat yang semakin kecewa.
Ini bukan demi PRK Semenyih, lebih penting untuk memastikan survival PH dalam memimpin Malaysia kembali sebagai sebuah negara disegani dunia.
Ahmad Syukri Che Ab Razab ialah ketua setiausaha Pemuda Pakatan Harapan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.