Prk Semenyih : Majlis Syura Ulama Perlu Scan Calon Bn
Oleh Mohd Sayuti Omar
KATA presiden parti agama penentuan calon BN di Semenyih Mac depan semestinya berpandukan kepada proses pemilihan calon BN di Cameron Highlands. BN setakat ini dilihat akan diserahkan untuk meletakkan calon di Semenyih itu.
Pas sudah pun mengatakan kesediaan untuk membantu calon BN dalam pilihan raya itu nanti. Pas ada lebih 6,000 undi.
Kejayaan di Cameron Highlands menggembirakan Pas dan menjelaskan bahawa Pas sudah pun menzahirkan kerjasamanya dengan BN. Eloklah itu.
Cuma hendak diperingatkan, kerana Pas parti menekankan aspek agama, imam dan takwa, elok kalau Pas juga turut menilai (scan) sama calon BN di Semenyih nanti. Majlis Syura Ulama (MSU) merupakan badan tertinggi menentukan calon dalam Pas, elok ikut sama memain peranan membuat semakan, test imam dan takwaan calon itu nanti.
Kita tidak mahu dan menaruh kebimbangan tanpa MSU membuat semakan, scan kepada calon itu ia terpilih calon yang tidak menempati kehendak Islam ala Pas, beriman, bertakwa, bersih dari sebarang dosa kecil dan dosa besar.
Jika ini berlaku, tidak ada makna dan erti Pas memberi sokongan kepada calon demikian. Yang penting pastikan calon BN nanti tidak ada sebarang noda dan dosa.
Perkara ini kena diambil kira sama, kerana prinsip pengundian orang Pas memilih calon menepati kehendak agama dan bukan hanya boleh menang sahaja. Walahu’alam
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.