Sultan Pahang VI pembawa panji-panji Islam
Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
SEBAK dan sejuk hati
bila melihat pemasyhuran DYMM Tuanku Sultan Pahang ke VI diiringi dengan
laungan takbir Allahu Akbar, memuji dan mengangkat kebesaran Allah
S.W.T diikuti Daulat Tuanku.
Tambah lagi apabila DYMM Tuanku di dalam
titah Baginda memetik kata-kata keramat Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A
Khalifah Islam yang pertama yang berbunyi:
"Jika aku betul tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu amanah bohong itu khianat.
"Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya maka tiada ketaatan untukku."
Ternyata Tuanku Sultan sungguh prihatin
dan mahukan pemerintahan Baginda dimulakan dengan permulaan yang baik
iaitu menjunjung dan mentaati kehendak Allah dan Rasul.
Inisiatif ini mencerminkan tingginya
ilmu dan kefahaman agama Tuanku selain prihatinnya Tuanku terhadap nasib
dan kebajikan rakyatnya.
Dalam zaman serba mencabar ini pihak Istana merupakan benteng pertahanan umat Melayu Islam dan negara.
Kita berdoa moga Tuanku terus dibimbingi
Allah dan menjadi Raja Pemerintah yang adil berlandaskan Islam dan
menjadi payung pelindung rakyat.
Daulat Tuanku. -
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.