Ambil tindakan tegas mereka yang hina agama - Anwar
KUALA LUMPUR: Perbuatan menanam kebencian dan menghina
agama perlu diberi tindakan tegas kerana ia adalah perbuatan yang jahat
dan tidak menguntungkan negara, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Jelasnya, perbuatan seperti itu boleh mencetuskan pergaduhan sesama kaum di negara ini.
“Tak boleh, kita kena tegas dan sekiranya kita mengambil pendekatan secara liberal, rakyat boleh berperang.
“Kita perlu membezakan di antara hak dan kebebasan menyuarakan
pandangan serta memberikan teguran, bukannya menghina akidah dan
keyakinan orang lain seperti menghina Rasul kerana itu adalah kerja
bodoh serta jahat yang tidak akan menguntungkan negara,” kata Anwar
dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan ke-33.
Tambah Anwar, semua pihak perlu memeberi fokus pada pembangunan ekonomi, menyelesaikan masalah rakyat dan kemiskinan bukannya mengalihkan tumpuan pada isu berkenaan.
Tegas beliau, mereka yang mencetuskan kontroversi ini harus bersedia diambil tindakan tegas dan keras daripada pihak berkuasa.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook 'Foo Sin Wei' yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah, sekali gus mengundang kecaman dan kemarahan netizen.
Jelasnya, perbuatan seperti itu boleh mencetuskan pergaduhan sesama kaum di negara ini.
“Tak boleh, kita kena tegas dan sekiranya kita mengambil pendekatan secara liberal, rakyat boleh berperang.
Tambah Anwar, semua pihak perlu memeberi fokus pada pembangunan ekonomi, menyelesaikan masalah rakyat dan kemiskinan bukannya mengalihkan tumpuan pada isu berkenaan.
Tegas beliau, mereka yang mencetuskan kontroversi ini harus bersedia diambil tindakan tegas dan keras daripada pihak berkuasa.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook 'Foo Sin Wei' yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah, sekali gus mengundang kecaman dan kemarahan netizen.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.