Apabila Anwar Ibrahim membangkitkan isu bayaran daripada PAS kepada
pengarang portal Sarawak Report semalam, ternyata ia bukan dibuat begitu
saja.
Sebaliknya kata presiden PKR itu beliau menanyakan isu
bayaran kepada Clare Rewcastle Brown kerana mendapati ada keanehan pada
penyelesaian saman berkenaan.
Lebih daripada itu Anwar berkata beliau mempunyai maklumat tambahan yang kukuh.
"Saya tak fikir PAS boleh nafikan," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar ditemui di majlis anugerah Hadiah Sastera Perdana Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Abd Aziz Sheikh Fadzir, dan Pengarang Utusan Malaysia Zulkefli Hamzah.
Anwar
yang sebelum ini tidak memberi komen terhadap isu saman Presiden PAS
Abdul Hadi Awang ke atas Clare mengubah pendekatannya sejak semalam.
Di
Pulau Pinang Anwar meminta PAS mengesahkan sama ada benar atau tidak
parti itu membuat bayaran lebih RM1 juta kepada pihak Clare.
Petang semalam pula Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.
Kata Anwar beliau mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan ada bayaran dibuat PAS kepada Clare.
Namun buat masa ini beliau enggan mendedahkan butiran tersebut.
"Saya akan jelaskan secara terperinci pada malam nanti di Semenyih," katanya.
Anwar, Abdul Aziz (dua dari kanan) dan Zulkefli (kiri) di majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan hari ini
Menurut Anwar beliau sudah membaca keseluruhan prosiding dan keputusan dibuat mahkamah di London berhubung saman Abdul Hadi itu.
Kataya
isu yang dibangkitkan Clare ialah dana daripada Umno yang dimasukkan ke
akaun tertentu dan ia mempunyai kaitan dengan PAS.
Selepas
itu kata Anwar tuduhan seperti disiarkan Sarawak Report itu dinafikan,
malah presiden PAS menyaman pengarang portal pembocor maklumat tersebut.
"Kemudian mereka mendapat persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.
"Tapi Clare tetap kekal dengan dakwaannya dan artikel tersebut tidak ditarik balik. Jadi ia nampak aneh," katanya.
Menurut anggota parlimen Port Dickson itu lagi beliau mempunyai banyak pengalaman berhubung kes-kes saman sivil sebelum ini.
Biasanya kata Anwar kalau ada penyelesaian sesuatu tulisan itu akan ditarik balik atau pihak yang terbabit meminta maaf.
"Oleh itu saya kurang yakin ada persetujuan untuk Clare nafikan atau batalkan dakwaan berkenaan," katanya.
Anwar ada bukti PAS bayar Clare?
Reviewed by editorreformis
on
Februari 27, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Aman Muhammad Biar abang sekolahkan adik mengenai sedikit sebanyak perihal industri minyak negara kita. 1. Malaysia ni negara pengelu...
Komentar
Open Artikel
Kenyataan Media
Sections English
Isu terpilih
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.