"Hey Anwar! Sedarlah diri sikit!"
KEANGKUHAN Presiden
PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap kedudukan telah masyhur diketahui
ramai. Bahkan, kerakusan dan halobanya mengejar kuasa bukan lagi satu
rahsia. Segala permainan licik beliau bukan sahaja memijak dan
menenggelamkan lawan, malah turut menyingkir jatuhkan rakan taulan.
Ngauman retoriknya sentiasa menerkam
baham memangsa sesiapa sahaja demi untuk memenangi persaingan. Segala
tatacara, akhlak dan tradisi dilanggar menyondol matlamat ingin diraih
rebutnya. Tidak hairanlah jika beliau sanggup membabi buta tuduh melulu
dan memalit kebusukan ke pihak yang pernah menolongnya.
Kerana merasa diri sudah cukup kuat
dan gagah, maka dipersetankan etika dan moral membuat dakwaan keji. PAS
dibelasahnya tanpa kasihan dan pertimbangan adil. Tidak cukup dengan itu
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dijelikkannya
secara nista konon berkawan dengan pencuri.
Apakah pencuri yang kamu maksudkan itu
telah terbukti serta didakwa tuduhan atasnya di mahkamah dan dijatuhi
hukuman? Bagaimana dengan kamu yang pernah dibuktikan tuduhan di
mahkamah dan dihukum penjara? Mengapa bersikap menghakimi di luar
institusi sepatutnya secara dwi-standard dan pesimis?
Harap Dato' Seri Anwar tidak punya
penyakit 'mudah lupa' bahawa anda pernah merasa tersiksa dianiya dan
diaibkan dengan begitu teruk sekali. Kini sendiri hipokrit bergayut di
banyak pihak untuk mencapai cita-cita dan agenda peribadi, tanpa sedar
membuka pekung sendiri. Ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Adil.
Jika tidakpun, kenangilah masa lampau.
"Hei Hadi" kamu sergah itulah yang memahamkan umat; akhlak mendepani
tuduhan fitnah. Ahli PASlah yang meramaikan himpunan membela kamu dan
bekerja di pilihan raya untuk PKR. Bahkan, akhbar Harakah melebihkan kamu di berbanding para pimpinannya sendiri.
Jangan Dia dan Nabi-Nya hanya menjadi
hiasan dibibir manis kamu, tetapi para ulamak dan pendukung perjuangan
Islam dirabakkan dengan fitnah dan palitan keji lagi fitnah. Bertakwa
dan bersikap adil kerana ketika kamu dipuncak kuasa dahulu pun masih
juga terpasung hina. Apa ada jaminan dengan kuasa kini yang belum
menentu?
"Islam Memimpin"
"Terus Mara"
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.