Bila BN menang, Najib janji bawa Rosmah ke Semenyih
KUALA LUMPUR,— Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membawa
isterinya ke Semenyih jika Barisan Nasional menang pilihan raya kecil
(PRK) kawasan tersebut.
Namun, bekas perdana menteri yang menyahut cabaran pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkaitan hal itu, tidak akan membawa Datin Seri Rosmah Mansor sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih.
“Tetapi kalau menang Insya-Allah saya boleh bawa dia (Rosmah) ke Kampung Minang ini. Boleh tuan puan?,” katanya yang disambut dengan sorakan “boleh” oleh hadirin
Dianggap liabliti kepada suaminya, Rosmah jarang muncul di khalayak umum sejak BN kalah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain berdepan siasatan atau pendakwaan mahkamah
Beliau
didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima
rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga
solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak dua tahun lalu.
Pada 18 Februari lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir Najib yang “jalan seorang-seorang” dengan menaiki motosikal seorang diri keliling kampung tanpa “seorang lagi”, dipercayai merujuk Rosmah.
“Saya cadang, kalau boleh jangan naik sorang. Bawalah yang seorang lagi tu. Janganlah jalan seorang-seorang. Bolehlah dia bonceng di atas motor tersebut,” kata timbalan presiden PKR dipetik.
Namun, bekas perdana menteri yang menyahut cabaran pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkaitan hal itu, tidak akan membawa Datin Seri Rosmah Mansor sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih.
“Tetapi kalau menang Insya-Allah saya boleh bawa dia (Rosmah) ke Kampung Minang ini. Boleh tuan puan?,” katanya yang disambut dengan sorakan “boleh” oleh hadirin
Dianggap liabliti kepada suaminya, Rosmah jarang muncul di khalayak umum sejak BN kalah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain berdepan siasatan atau pendakwaan mahkamah
Pada 18 Februari lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir Najib yang “jalan seorang-seorang” dengan menaiki motosikal seorang diri keliling kampung tanpa “seorang lagi”, dipercayai merujuk Rosmah.
“Saya cadang, kalau boleh jangan naik sorang. Bawalah yang seorang lagi tu. Janganlah jalan seorang-seorang. Bolehlah dia bonceng di atas motor tersebut,” kata timbalan presiden PKR dipetik.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.