BSH 2019 :Siapa sahaja yang layak akan tetap dapat
JITRA, Syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang
dianggap ketat oleh sesetengah pihak bertujuan memastikan hanya yang
benar-benar layak menikmati bantuan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Katanya syarat itu juga diperkenalkan sebagai proses pemutihan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.
“Kita bukan bertujuan saja-saja nak kurangkan penerima, siapa sahaja yang layak akan tetap dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Fun Ride Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pulasan, di sini hari ini.
Amiruddin berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya kerajaan sengaja mahu mengurangkan jumlah penerima BSH berbanding BR1M dengan mengenakan syarat yang ketat termasuk perlu mengemukakan sijil nikah bagi permohonan di bawah kategori keluarga.
Pada
masa sama Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata kerajaan tidak
keberatan untuk mengkaji semula proses permohonan BSH bagi memudahkan
golongan yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.
“ kita tidak berhasrat menyukarkan mereka sehingga pemohon yang layak pun jadi tak layak hanya kerana semata-mata nak memenuhi syarat itu,” katanya.
Beliau juga meminta pemimpin masyarakat termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turun padang membantu pemohon terutamanya melibatkan warga emas dalam melengkapkan dokumen yang diperlukan.
“Saya ingat itu antara yang sepatutnya dimainkan mana-mana institusi masyarakat, kita ada anggota jawatankuasa KRT, persatuan penduduk dan surau serta MPKK untuk membantu mereka kerana bagi warga emas ini untuk nak pi (pergi) pejabat agama dan pendaftaran bagi dia adalah sukar,” katanya.
Mengulas perkembangan berkaitan, Amiruddin berkata kerajaan kini sedang berbincang bagi menentukan amaun yang sesuai untuk kategori bujang pada fasa seterusnya.
“Selepas mendapat rungutan, kerajaan dah buat pertimbangan semula dan telah memberikan RM100 sebagai permulaan dan seterusnya kabinet akan bincang balik berapa jumlah yang nak diberikan seterusnya,” katanya. ― Bernama
Katanya syarat itu juga diperkenalkan sebagai proses pemutihan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.
“Kita bukan bertujuan saja-saja nak kurangkan penerima, siapa sahaja yang layak akan tetap dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Fun Ride Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pulasan, di sini hari ini.
Amiruddin berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya kerajaan sengaja mahu mengurangkan jumlah penerima BSH berbanding BR1M dengan mengenakan syarat yang ketat termasuk perlu mengemukakan sijil nikah bagi permohonan di bawah kategori keluarga.
“ kita tidak berhasrat menyukarkan mereka sehingga pemohon yang layak pun jadi tak layak hanya kerana semata-mata nak memenuhi syarat itu,” katanya.
Beliau juga meminta pemimpin masyarakat termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turun padang membantu pemohon terutamanya melibatkan warga emas dalam melengkapkan dokumen yang diperlukan.
“Saya ingat itu antara yang sepatutnya dimainkan mana-mana institusi masyarakat, kita ada anggota jawatankuasa KRT, persatuan penduduk dan surau serta MPKK untuk membantu mereka kerana bagi warga emas ini untuk nak pi (pergi) pejabat agama dan pendaftaran bagi dia adalah sukar,” katanya.
Mengulas perkembangan berkaitan, Amiruddin berkata kerajaan kini sedang berbincang bagi menentukan amaun yang sesuai untuk kategori bujang pada fasa seterusnya.
“Selepas mendapat rungutan, kerajaan dah buat pertimbangan semula dan telah memberikan RM100 sebagai permulaan dan seterusnya kabinet akan bincang balik berapa jumlah yang nak diberikan seterusnya,” katanya. ― Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.