DR Mahathir Mohamad sedia bertukar haluan sekali lagi jika haluan Amanah dan DAP terpesong dari kepentingan negara.
“Kita boleh berubah (mobile) dan bukannya tetap,” kata pengerusi
Bersatu dan Pakatan Harapan itu sambil mempertahankan kemasukan tujuh
ahli Parlimen bekas Umno ke dalam partinya.
“Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) ini membelot dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain.
“Kadang-kadang kita terpaksa tukar pendirian kita mengikut apa yang berlaku di sekeliling kita.
“Kita tidak boleh terikat pada pemimpin atau parti tertentu sedangkan mereka mencuri,” katanya.
Beliau berkata pemimpin Umno sebelum ini tidak pasti tentang kebenaran dakwaan terhadap bekas presiden Umno Najib Razak.
“Namun mereka mengetahuinya selepas rakyat Malaysia menolak parti itu,” kata Dr Mahathir.
Bersatu hari ini menyerahkan kad keahlian kepada tujuh ahli Parlimen bekas Umno.
Mereka termasuk bekas menteri dalam Kabinet Najib Razak sebelum
Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu Hamzah Zainuddin (Larut) dan bekas
timbalan menteri Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).
Lima yang lain ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr Latiff Ahmad
(Mersing), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Hamzah Zainuddin (Larut) dan
Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), dan Ikmal Hisham Abd Aziz (Tanah
Merah).
Ditanya mengenai tindakan Shabudin sebelum ini menyerang pemimpin DAP
Lim Guan Eng, Dr Mahathir berkata, “Jika anda melihat sejarah setiap
orang, anda tidak mampu melantik sesiapa.
“Mereka semua membuat kesilapan pada masa lalu tetapi tidak perlu diambil kira. Ambil kira siapa diri mereka sekarang.”
Berhubung dakwaan rasuah yang dihadapi Shabudin, Dr Mahathir berkata
ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sendiri perlu menjawabnya jika wujud kes
tersebut.
Sementara itu, ahli Parlimen Mersing Latiff berkata mereka mengambil
keputusan untuk menyertai Bersatu kerana menghadapi ‘realiti baharu’.
“Selepas kalah, kita perlu berdepan realiti baharu dan menjadi
tanggungjawab kita membantu menaikkan negara ini ke tahap yang lebih
tinggi,” katanya tanpa mengulas lanjut perkara yang dimaksudkan.
Dr Mahathir sedia tukar parti jika Pakatan belot
Reviewed by editorreformis
on
Februari 13, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KUALA LUMPUR : Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu masyarakat berkongsi kisah kejayaan mengenai guru yang mereka kenali supaya menj...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.