https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi Awang disaran melepaskan jawatan

KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran melepaskan jawatan ekoran kegagalan PAS memadam tuduhan penerimaan RM90 juta yang didakwa Sarawak Report.

Hanya merujuk Hadi sebagai “plantif”, naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata pemimpin lain yang terlibat juga harus “mengundurkan diri”.

“Sama ada plaintif sendiri mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan secara terhormat. Atau pemimpin yang terlibat menerima sesuatu mengambil langkah mulia mengundurkan diri,” katanya.
“Dalam dunia pemikiran yang jernih, kegagalan mengambil peluang memadamkan dakwaan Sarawak Report perlu diikuti oleh sesuatu tindakan,” katanya di Facebook hari ini.

Senator Dewan Negara berkata tindakan tersebut perlu demi memulihkan maruah dan integriti PAS yang “mengasosiasi partinya dengan Islam”.

Semalam, Hadi membuat penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report.

Artikel lapan perenggan terbitan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 mendakwa wang RM90 juta dimasukkan ke akaun pimpinan tertinggi PAS.

Mac tahun lalu, audio didakwa suara wakil rakyat PAS Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz mengaku menerima dana Umno tersebar di media sosial.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.