Hukum dua kali, Mahfuz minta sistem demerit Awas, AES dikaji
JERLUN, — Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk
Mahfuz Omar meminta kerajaan mengkaji semula Sistem Mata Demerit di
bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang dilihat
membebankan rakyat.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sistem itu dilihat tidak adil dan perlu dihapuskan kerana jika ada yang disaman dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), ini bermakna pesalah terpaksa menerima hukuman sebanyak dua kali dan ia satu penganiayaan.
“Saya kira kerajaan harus beri pertimbangan sewajarnya agar tiada pengguna jalan raya menerima hukuman sebanyak dua kali iaitu demerit dan membayar kompaun.
“Demerit
ini menyebabkan pesalah dipotong mata dan sampai satu peringkat dia
akan digantung lesen dan bagi saya ia tidak wajar dan Kementerian
Pengangkutan harus melihat kembali soal ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan cek faedah pengurusan mayat RM2,000 kepada keluarga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Allahyarham Norwahidah Abdul Hamid di Kampung Baru Tepi Laut Kuala Kerpan di sini, baru ini.
Norwahidah maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 28 Januari lepas. — Bernama
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sistem itu dilihat tidak adil dan perlu dihapuskan kerana jika ada yang disaman dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), ini bermakna pesalah terpaksa menerima hukuman sebanyak dua kali dan ia satu penganiayaan.
“Saya kira kerajaan harus beri pertimbangan sewajarnya agar tiada pengguna jalan raya menerima hukuman sebanyak dua kali iaitu demerit dan membayar kompaun.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan cek faedah pengurusan mayat RM2,000 kepada keluarga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Allahyarham Norwahidah Abdul Hamid di Kampung Baru Tepi Laut Kuala Kerpan di sini, baru ini.
Norwahidah maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 28 Januari lepas. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.