https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi dakwa sokong Dr M sejak pertama kali temu lepas PRU14

KUALA LUMPUR, —  Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mendakwa sokongan terhadap perdana menteri sudah dibuatnya ketika pertama kali mereka bertemu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS mendakwa beliau ketika itu menyatakan "kegusaran terhadap keputusan pilihan raya yang tidak seimbang dengan demografi penduduk majoriti Islam di Malaysia" kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau (Mahathir) berjanji untuk membuat perubahan demi kepentingan Islam. Saya jawab, 'Tun buatlah, saya sokong'," katanya di Facebook.

Ini pertama kali Hadi mendedahkan perbincangannya dengan Mahathir yang kembali menerajui negara selepas PRU14.

Mereka bertemu kali kedua pada 15 Februari sebelum PAS menyatakan sokongan terhadap Mahathir sebagai perdana menteri melalui kenyataan setiausaha agaung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan dua hari kemudian.

Dalam ceramah di Muar pula, ahli parlimen Marang "berkongsi cerita" pertelingkahan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan memberi bayangan pandangan parti pimpinannya diketepikan.

Beliau mendedahkan perdebatannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berkaitan cadangan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) ketika itu.

Namun, Hadi berkata mereka tetap memasukkannya dalam manifesto walau PAS "tidak bersetuju" kerana beliau yakin pilihan raya itu "tidak boleh dilaksanakan" dan boleh "menimbulkan ketegangan kaum".

Menyatakan Muar sebagai lokasi sejarah yang membawa kepada cadangan penubuhan PAS, Hadi berkata pemimpin Pakatan Rakyat  juga "menentang agenda Islam" yang parti itu mahu laksanakan".

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.