Kena dengar keseluruhan rakaman
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: "Kita kena
dengar rakaman itu secara keseluruhan, tidak boleh ambil separuh sahaja.
Jadi bagi saya kalau ambil separuh ada benda yang tidak kena.
"Sebagai contoh apabila Nik Abduh kata
Tok Guru pun terima duit Umno, bukan bermakna duit Umno tetapi duit
orang Umno yang memberi sumbangan kepada sekolah Darul Anuar.
"Ada orang yang sokong Umno apabila Tok
Guru hendak buat sekolah agama dia juga bagi sumbangan. Bukan duit
daripada Umno tetapi duit ahli Umno,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, malangnya sebahagian
daripada rakaman tersebut digunakan bagi menuduh kononnya PAS menerima
wang RM90 juta daripada Umno.
Sebaliknya jelas beliau, tindakan
sedemikian sebagai perbuatan yang tidak beretika kerana maksud yang
hendak disampaikan Ustaz Nik Abduh menjadi tidak sempurna.
Menurutnya juga konteks ayat tersebut bukan seperti yang dimaksudkan.
"Audio itu memang sah, tetapi malangnya orang mengambil separuh sahaja.
Ia dimanipulasi pemimpin Parti Amanah Negara untuk memburukkan PAS,” ujarnya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.