Ketua pemuda PAS lemah mantiq
Oleh Edry Faizal Edry Yusof
Tindakan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuruh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Dr Mahathir Mohamad bersifat keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq.
Ia susulan permintaan Lim agar Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada perdana menteri.
Ini kerana tindakan sebuah
organisasi menggunakan nama Islam mengeluarkan kenyataan-kenyataan
cetek ilmu seperti mengelak mengemukakan bukti atau berbohong kerana
wang mencemarkan nama Islam itu sendiri.
Hanya kerana terdapat perkataan ‘Islam’ pada nama parti, tidak bermakna segala kata-kata lagha dan dusta boleh dihalalkan atas nama Tuhan dan Agama.
Berbanding menyuruh ketua pemudanya membuat kenyataan berunsur komedi, Takiyuddin sepatutnya mendedahkan bukti kepada dakwaannya selepas dicabar oleh Lim.
Atau adakah itu satu lagi pembohongan dengan restu presiden parti yang dihalalkan atas nama strategi, seperti dakwaan Takiyuddin ketika mempertahankan Nik Abduh?
Pantun Melayu ada menyebut:
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Adakah disebabkan itu PAS mudah mesra dengan Umno dan Najib Razak?
Tindakan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuruh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Dr Mahathir Mohamad bersifat keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq.
Ia susulan permintaan Lim agar Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada perdana menteri.
Sebagai
sebuah parti yang sering kali mendakwa mereka paling Islam berbanding
orang Islam yang lain, adalah amat membingungkan apabila ketua pemudanya
sendiri gagal memahami dan mengamalkan kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i - yakni pembuktikan adalah ke atas orang yang membuat dakwaan.
Selepas
insiden cakap berbelit Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz
yang sekejap menafikan rakaman audio mengenai penerimaan wang daripada
Umno dan sekejap mengakui berbohong atas permintaan parti, PAS
sepatutnya bermuhasabah kembali dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang
bukan-bukan kepada umum.
Hanya kerana terdapat perkataan ‘Islam’ pada nama parti, tidak bermakna segala kata-kata lagha dan dusta boleh dihalalkan atas nama Tuhan dan Agama.
Berbanding menyuruh ketua pemudanya membuat kenyataan berunsur komedi, Takiyuddin sepatutnya mendedahkan bukti kepada dakwaannya selepas dicabar oleh Lim.
Atau adakah itu satu lagi pembohongan dengan restu presiden parti yang dihalalkan atas nama strategi, seperti dakwaan Takiyuddin ketika mempertahankan Nik Abduh?
Pantun Melayu ada menyebut:
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Adakah disebabkan itu PAS mudah mesra dengan Umno dan Najib Razak?




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.