Kuasa politik untuk angkat perintah Allah
Kuasa kerajaan yang dimiliki perlu
digunakan untuk menggerakkan agenda seruan kepada makruf dan mencegah
perkara mungkar kerana ia adalah tanggungjawab dan syarat atas pemimpin
sebagaimana terkandung dalam al-Quran.
"Tetapi daun dan ranting yang kekal di
pokok ialah ranting yang kuat yang boleh meneruskan perjuangan bagi
pohon tersebut dan PAS terus istiqamah atas dasar Islam," ujarnya
menjelas analogi.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun di bawah pemerintahan PH menjadi
sebaliknya apabila usaha makruf disekat, tetapi perkara berkait
kemungkaran diberi kelonggaran.
Tegas beliau, pemimpin yang memegang
kuasa tidak boleh mengikut kehendak orang jahat dan fasik dengan
membiarkan kemungkaran semata-mata mahu menjaga hati pengundi kerana
bimbang hilang kemenangan pilihan raya.
"Waktu PAS menang di Kelantan dan di
negeri-negeri lain, kita buat walaupun dalam ruang kerangka kemampuan
yang terbatas malah dalam konteks politik, kita rugi.
"Bila kita menang di Kedah, kita buat
sekatan terhadap premis-premis hiburan walaupun dari segi undi kita rugi
kerana kaki disko, bar, kelab malam, pusat hiburan tidak akan undi kita
seperti juga di Kelantan, kita tutup pusat-pusat hiburan.
"Politik kita rugi, duit cukai kita
rugi, penyokong juga akan lari daripada kita tetapi kita mahukan redha
Allah dalam pentadbiran bukan hanya redha manusia," ujarnya ketika
berceramah di Padang Bola Batu 5, di sini kelmarin.
Beliau menegur sikap pemimpin Kerajaan
PH dalam isu larangan pemantauan oleh penguatkuasa agama di hotel-hotel
kerana mendakwa maksiat yang berlaku di situ sebagai dosa peribadi.
"Yang kita tidak perlu campur kerana dia
buat maksiat sembunyi-sembunyi dalam rumah, sedangkan Nabi menyuruh
kalau kita tahu kita kena mencegah malah jika kita tidak mencegah, akan
merebak dalam masyarakat.
"Kerajaan bertanggungjawab untuk
pencegahan, bukan menggunakan jawatan untuk menyekat mana-mana kuliah
yang ada, menyekat program-program agama, menyekat ustaz-ustaz mengajar
di masjid.
"Dalam waktu sama, pusat hiburan diberi
kelonggaran sehingga pukul 5 pagi untuk beroperasi.
Hampir setiap malam
serbuan dilakukan pihak berkuasa ke atas pusat hiburan akan menjumpai
pelbagai jenis dadah dan penyalahgunaannya," kesali beliau.
Oleh itu tegasnya, politik dalam Islam
bukan semata-mata soal kuasa tetapi membawa kekuasaan untuk kembali
mengangkat martabat Islam sebagai agama Allah S.W.T di atas muka bumi.
"PAS dalam situasi kalah atau menang
tidak pernah meninggalkan prinsip untuk menegakkan agama Islam, seperti
bila angin datang, akan ada daun-daun yang gugur, akan ada ranting yang
patah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.