Kamera AES buang atau simpan dalam setor? - Hasanuddin
HULU LANGAT - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd.
Yunus hari ini mempersoalkan warganet adakah kesemua kamera Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dibeli oleh kerajaan Barisan
Nasional (BN) dahulu perlu dibuang atau disimpan dalam setor.
Jelas beliau, kesemua perkara baik yang dilakukan kerajaan BN sebelum
ini akan dinilai dan diproses semula untuk manfaat masyarakat serta
kepentingan negara.
“Apa kerajaan lalu buat dulu yang baik kami tak akan buang, takkan alat yang sudah beli dulu kami nak buang, letak dalam setor? Kami memproses, melihat balik dan ia boleh dimanfaatkan untuk kepentingan negara.
“Ada pun ada orang marah dulu cakap lain sekarang cakap lain, kami cakap here and now,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melawat tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi, Semenyih, di sini hari ini.
Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau pada 8 Februari lalu berkata, pemasangan kamera AES dan saman dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaannya, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.
Kenyataannya itu mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak terutamanya warganet yang menyifatkan beliau mempergunakan agama untuk tujuan politik.
Dalam perkembangan sama, Hasanuddin berkata, dunia sentiasa berubah namun kepentingan negara menjadi asas dan keutamaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Ya, barangkali ketika kami jadi pembangkang kami membantah dan sebagainya, ada yang kami dapati tidak ikut sepatutnya tapi kebebasan politik dan kami tidak mahu mempertahankan bahawa kami pembangkang jadi kami kena bawa apa yang kami bangkang dulu.
“Orang nak marah, saya mohon banyak maaf tapi kami lihat pada situasi hari ini dan sekarang, bukan dulu,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.